Assalamualaikum....Salam Kesejahteraan..
Tergoda jugak akhirnya...org lain sume lama dah...buat kek ni...dah 2 ..3 kali buat pun...Aku gak yg ketinggalan...barula berkesempatan nak mencuba....cubaan pertama....kek ku jadi agak lembap....dah ku lapkan lelehan air dari karamel tu...he he...mungkin tak cukup lap kot....ape2pun rasa kek ni tak yah cakapla kan...kalau sume org pun dah ckp sedap sesedapnya...pas tu dah buat sampai berkali2....memang confirm sedapla tu...
Kek puding karamel ku yg tak berapa nak kemas...bila lembap ...comot je bila kita potong...lenkali leh buat lagi...Amik resepi kat blog Azlita@MasamManis ...he he banding kek Ita ngan hasil kek yg ku buat...mak ai...tak leh lawanla...kek Ita buat superb cantik...halus dan kemas hasil kejadian keknya....tgn org berseni...Ape2 pun nak timakasih bebyk pada penyumbang asal resepi ni....kek yg best....Mintak izin kat Ita...nak copy resepinya kat sini ya...kalau nak tgk step by step camana nak buat kek ni singgahlah ke blog Ita....
KEK KARAMEL...
Salinan dari : Azlita@MasamManis
STEP 1
Gula Hangus
BAHAN-BAHANNYA....
- 2 sudu besar gula pasir
- Sediakan loyang 8 inc. ( ku guna loyang bulat berlubang ditengah...)
- Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
- Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
- Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
- Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
- Ketepikan
STEP 2
Puding Karamel
BAHAN-BAHANNYA
- 1/2 tin susu cair
- 70g gula castor
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 3 biji kuning telur
CARA-CARA PENYEDIAANNYA..
- Kacau susu dan gula hingga gula larut.
- Kacau telur dan esen perlahan.
- Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
- Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
- Ketepikan.
- Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
- (Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )
STEP 3
Sponge Kek
BAHAN-BAHANNYA
Adunan Kek Bahan 1
- 70g gula kastor
- 3 biji telur kuning
- 135ml air
- 45ml minyak masak
- Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
- Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
Adunan Kek Bahan 2
- 140 gm tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
- Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
- Ketepikan.
Adunan Kek Bahan 3
Merinque
- 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
- 70g gula castor
- 1 sudu teh krim of tar2
- Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
- Pukul putih telur hingga berbuih
- Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
- Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi.
- Gaul rata secara kaup balik
- Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
- Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C..
- Gunakan api bawah sahaja.
STEP 4
Teknik Pembakaran Kek
Kaedah Steam Bath - Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
- Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
- Letakkan pada rak bawah dalam oven.
- Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
- Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
- Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
- Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
- Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
- Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
- Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
Kek sedap...masalahnya aku je yang makan...adoiyai!....tambah gebula bdn nampaknya...he he....Lain masa lain ketika nak cuba lain2 versi lak kek karamel ni....macam2 ado....Akhirnya...lepas gak hajat dihati nak buat...nak makn kek karamel ni....berbaloi-baloi....
Happy & Enjoy Cooking...KitchenIsMyWorld....

















