Saturday, June 22, 2013

Emmmm...harum semerbak baunya....



Assalamualaikum...Salam Kesejahteraan....


Siang tadi bz ngan aktiviti Nasi Pilaf n the gang....sebelum maghrib tadi masuk dapo...bagi job kat assistant uli roti....alaaaa...masuk2 sume bahan...tekan....aku dah boleh pegi mandi sementara cik BM buat keje...
Dah 2...3 hari ni memang teringin lagi nak makan Cinnamon Roll/Bun....pas tu atas dia glaze lak ngan cream cheese....emmmmm.....nyum..nyum...yummyyyyy.....
Harum semerbak bau cinnamon tengah2 malam ni....malam ni makan roti je....alhamdulillah lepas hajat dihati....




CINNAMON BUN/ROLLS
Resepi Asal/Sumber  :  Nor@Secubitgaram
Salinan/Olahan  : KitchenIsMyWorld

 BAHAN-BAHAN DOUGH

  • 420gm tepung roti
  • 75gm gula kastor
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3 sudu kecil yis
  • 1 biji telur
  • 115 - 125ml susu segar
  • 85gm sour cream
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 3-4 ketul ice kiub ( dimasukkan ketika doh sedang diuli dalam BM )

BAHAN-BAHAN FILLING

  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 - 2 sudu besar sebuk kayu manis 
  • 113 gm butter sejuk dipotong kiub2 kecik

BAHAN-BAHAN GLAZE

  • 50g cream cheese - suhu bilik
  • 20g butter - suhu bilik
  • 80g gula aising
  • secubit garam
  • beberapa titik vanila esen
  • 3-4 sudu besar susu segar

CARA-CARA PENYEDIAANNYA
DOUGH/FILLING/GLAZE

  • Masukkan semua bahan cair diikuti bahan kering ke dalam breadmaker dan tekan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam bergantung pada jenis BM ( Ikut arahan pada BM memasing ya..)
  • Sementara menunggu proses menguli dough....
  • Untuk filling....campurkan sume bahan  gaul sebati....
  • Untuk glaze....pukul creamcheese..butter bersama gula icing...dan juga vanila....last sekali tambahkan susu segar sedikit demi sedikit...adunan sebaiknya sedikit cair....
  • Setelah doh siap, keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung, tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • Canai doh menjadi segiempat anggaran ukuran 12" x 9" ( saiz ni ikut selera memasing ya...)
  • Tabur dan ratakan filling keatas permukaan dough yg telah dicanai tadi..kemudian gulung ketat 
  • Potong doh yg telah digulung anggaran 18 ketul..
  • Susun doh yg telah dipotong kedalam loyang yang bersesuaian..
  • Biarkan doh kembang lagi lebihkurang 30 - 45 minit
  • Panaskan suhu oven 180 darjah Celcius....bakar dough yang telah kembang tadi anggaran 13 - 15 minit atau sehingga masak dan keperangan.
  • Kuarkan dari oven....pada yg suka makan dengan glaze....masa tengah panas...drizzle ngan cream cheese glaze ke atas permukaan cinnamon bun/rolls.
  • Sedap dimakan ketika suam-suam....yummyyy...
Nota  :
Untuk glaze cream cheese....kalau ada lebihan frosting utk kek sebelum ni  boleh digunakan utk glaze cinnamon rolls/bun ....nak cairkan frosting aku guna kaedah double boil (sebelum tu biarkan frosting berada dalam suhu bilik setelah dikeluarkan dari freezer)....masukkan creamcheese frosting dalam bekas plastik tahan panas...letakkan dalam mangkuk berisi air yg dipanaskan secara double boil....kacau sehingga frosting cair dan licin....siap untuk digunakan....
Sekadar berkongsi apa yg telah dipraktikkan....


Untuk basic dough ni memang dah ku modifiedkan dari resepi asal...saja berexperimentasi....kali ni buat tanpa penggunaan water roux...aku gantikan ngan sour cream...dan ada sedikit tambahan susu pekat ...juga ice kiub...hasilnya...agak memuaskan....roti tetap lembut...cinnamon memang my fav....
Nak rasa...bolehla mencuba ya.....tak yah bersusah membeli...jimat belanja sesgtnya....:-)
Apa pun tq pada penyumbang asal resepi basic dough ni....

Happy&Enjoy Cooking@KitchenIsMyWorld......

8 comments:

mala said...

mak oi! meleleh-leleh tu ...nyum! nyum!

Mamasya said...

Aslmkum Cik Cek
gebus sekali roti....sedapnya dpt mkn yg fresh from oven....
nasi pilafi kat bawahpun nampak sedap...
re; tkasih Cik Cek wish bday utk Syakirah.kek bday masih tgh fikir...cari idea...

cik cek said...

Mala...
Sedap ooooo...hingga menjilat jari..he he :)

cik cek said...

Waalaikumslam Mamasya..
Sesama kita...
Roti fresh from oven ni...emmmm...menggoda jiwa...cam kat kedai bakery la pulak kan..:)

cik cek said...

Homestay Melaka Mansor Choot...
Tq ya singgah kesini..salam kenal..

Treat and Trick said...

W'salam, anda apa khabar? Kak sihat2 aje..mengancam sungguh roti ni, hantar sikit kat sini...

cik cek said...

Treatntrick ...
Alhamdulillah cek sihat...nanti cek anto ya...:)

izzi said...

Nice post, keep it up. Hope you are well.
mercury vapor analyzer
cold vapor atomic absorptions spectroscopy