Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Thursday, June 27, 2013

Turkish Pide segera punya....



Assalamualaikum..Salam Kesejahteraan..


Okay...now turn Turkish Pide lak masuk n3...lama dahhh buat ni...dan sememangnya byk kali dah buat turkish pide ni...jatuh cinta bila tgk menu ni kat blog adik sayang yg sorang ni Ayu@Curlybabe's Satisfaction...berkira2 bila la sampai seru nak buatnya...bila dah mula buat...dah rasa...makan...emmmm...dah jadi menu fav kat rumah ni pulak....Tq ya Ayu share resepi ni....
Hari ni aku cuma nak kongsikan turkish pide versi segera punya...camana tu...Resepi asal kena buat doh tuk  turkish pide ni...kali ni tak yah bersusah2....ada puff pastry segera  dah boleh buat...he he...sume nak senang ya....Apa2 pun mintak izin ya Ayu copy resepinya kat sini....TQ


TURKISH PIDE
Resepi Asal/Sumber : Resipidiana/Ayu@Curlybabesatisfaction
Salinan/Olahan  : KitchenIsMyWorld

BAHAN-BAHAN untuk DOH
  • Puff Pastry segera jenama KAWAN secukupnya

 BAHAN-BAHAN INTI PIDE

  • 250 g daging cincang
  • 250 g cheese mozarella, dipotong nipis
  • 150 g cheese cheddar, dipotong dadu
  • 2 biji tomato, dipotong dadu
  • 1 biji bawang dpong dadu
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh serbuk cayenne
  • 1/2 sudu teh serbuk hot cajun
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 3 biji telur
  • Daun sup secukupnya, dipotong halus
  • Garam secukup rasa, serbuk perasa jika suka

BAHAN SAPUAN PIDE

  • 50ml susu segar
  • 1 biji telur

CARA PENYEDIANNYA INTI PIDE

  • Panaskan minyak didalam kuali.Tumis bawang besar sehingga layu.Masukkan serbuk lada hitam, cayenne,hot cajun, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
  • Masukkan daging cincang. masak sehingga daging bertukar warna dan masak betul. Angkat dan ketepikan
  • Didalam mangkuk yang besar,campurkan tomato, daun sup, cheese mozarella dan cheddar dan daging yang telah disejukkan tadi. Gaul rata. Inti pide pun telah siap untuk digunakan.

CARA MEMBUAT PIDE
  • Keluarkan puff segera dari frezzer...biarkan seketika dalam suhu bilik sebelum digunakan...
  • Sapukan butter/minyak zaitun dan ditaburkan sedikit tepung dalam bekas muffin @ ramekins @ acuan yg bersesuaian....
  • Canaikan puff pastry...masukkan kedalam acuan....tekan2kan...bentukkan lebihan pastry yg berlebihan dari acuan..
  • Masukkan inti pide kedalam acuan lebihkurang 3/4 penuh dari saiz acuan ( jgn letak penuh ya...nanti nak letak telur pulak...)
  •  Campurkan bahan untuk sapuan pide dan sapu tepi pide.
  • Bakar pide dalam oven pada suhu 180C selama 8 - 10 minit sehingga puff pastry masak.
  •  Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk dan pecahkan kuningnya. 
  •  Bila waktu membakar 8 - 10 minit telah tamat. Keluarkan pide, tuangkan telur yang telah disediakan diatas pide pada bahagian tengah inti dan bakar selama 2-3 minit sehingga telur masak.
  • Pide pun siap untuk dihidangkan.  Enak dimakan panas.
Nota :
Untuk tambahan aku taburkan sedikit mixed herbs Itali kat atas telur sebelum dibakar sekali lagi...harum semerbak baunya...ala2 pizza sikit...

Senang kan....cer tengok kat dalam frezzer...ada tak stok puff pastry....leh buat tuk minum ptg ni....Mudah dan sedapppp...crispy2 gitu....Dua2 versi turkish pide memang sedappp...nak buat versi asal turkish pide bolehlah singgah dapo dik Ayu ya...lenkali ku letak lak n3 versi asal turkish pide ni....

Happy&Enjoy Cooking@KitchenIsMyWorld

Saturday, June 22, 2013

Emmmm...harum semerbak baunya....



Assalamualaikum...Salam Kesejahteraan....


Siang tadi bz ngan aktiviti Nasi Pilaf n the gang....sebelum maghrib tadi masuk dapo...bagi job kat assistant uli roti....alaaaa...masuk2 sume bahan...tekan....aku dah boleh pegi mandi sementara cik BM buat keje...
Dah 2...3 hari ni memang teringin lagi nak makan Cinnamon Roll/Bun....pas tu atas dia glaze lak ngan cream cheese....emmmmm.....nyum..nyum...yummyyyyy.....
Harum semerbak bau cinnamon tengah2 malam ni....malam ni makan roti je....alhamdulillah lepas hajat dihati....




CINNAMON BUN/ROLLS
Resepi Asal/Sumber  :  Nor@Secubitgaram
Salinan/Olahan  : KitchenIsMyWorld

 BAHAN-BAHAN DOUGH

  • 420gm tepung roti
  • 75gm gula kastor
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3 sudu kecil yis
  • 1 biji telur
  • 115 - 125ml susu segar
  • 85gm sour cream
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 3-4 ketul ice kiub ( dimasukkan ketika doh sedang diuli dalam BM )

BAHAN-BAHAN FILLING

  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 - 2 sudu besar sebuk kayu manis 
  • 113 gm butter sejuk dipotong kiub2 kecik

BAHAN-BAHAN GLAZE

  • 50g cream cheese - suhu bilik
  • 20g butter - suhu bilik
  • 80g gula aising
  • secubit garam
  • beberapa titik vanila esen
  • 3-4 sudu besar susu segar

CARA-CARA PENYEDIAANNYA
DOUGH/FILLING/GLAZE

  • Masukkan semua bahan cair diikuti bahan kering ke dalam breadmaker dan tekan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam bergantung pada jenis BM ( Ikut arahan pada BM memasing ya..)
  • Sementara menunggu proses menguli dough....
  • Untuk filling....campurkan sume bahan  gaul sebati....
  • Untuk glaze....pukul creamcheese..butter bersama gula icing...dan juga vanila....last sekali tambahkan susu segar sedikit demi sedikit...adunan sebaiknya sedikit cair....
  • Setelah doh siap, keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung, tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • Canai doh menjadi segiempat anggaran ukuran 12" x 9" ( saiz ni ikut selera memasing ya...)
  • Tabur dan ratakan filling keatas permukaan dough yg telah dicanai tadi..kemudian gulung ketat 
  • Potong doh yg telah digulung anggaran 18 ketul..
  • Susun doh yg telah dipotong kedalam loyang yang bersesuaian..
  • Biarkan doh kembang lagi lebihkurang 30 - 45 minit
  • Panaskan suhu oven 180 darjah Celcius....bakar dough yang telah kembang tadi anggaran 13 - 15 minit atau sehingga masak dan keperangan.
  • Kuarkan dari oven....pada yg suka makan dengan glaze....masa tengah panas...drizzle ngan cream cheese glaze ke atas permukaan cinnamon bun/rolls.
  • Sedap dimakan ketika suam-suam....yummyyy...
Nota  :
Untuk glaze cream cheese....kalau ada lebihan frosting utk kek sebelum ni  boleh digunakan utk glaze cinnamon rolls/bun ....nak cairkan frosting aku guna kaedah double boil (sebelum tu biarkan frosting berada dalam suhu bilik setelah dikeluarkan dari freezer)....masukkan creamcheese frosting dalam bekas plastik tahan panas...letakkan dalam mangkuk berisi air yg dipanaskan secara double boil....kacau sehingga frosting cair dan licin....siap untuk digunakan....
Sekadar berkongsi apa yg telah dipraktikkan....


Untuk basic dough ni memang dah ku modifiedkan dari resepi asal...saja berexperimentasi....kali ni buat tanpa penggunaan water roux...aku gantikan ngan sour cream...dan ada sedikit tambahan susu pekat ...juga ice kiub...hasilnya...agak memuaskan....roti tetap lembut...cinnamon memang my fav....
Nak rasa...bolehla mencuba ya.....tak yah bersusah membeli...jimat belanja sesgtnya....:-)
Apa pun tq pada penyumbang asal resepi basic dough ni....

Happy&Enjoy Cooking@KitchenIsMyWorld......

Wednesday, June 19, 2013

Apakah ini....cer teka...



Assalamualaikum...Salam Kesejahteraan...

 Rabu tanpa bicara....cubala teka .....



Selamat malam sume...

Happy&Enjoy Cooking@KitchenIsMyWorld

Wednesday, November 16, 2011

Basic Dough.....



Assalamualaikum....Salam Kesejahteraan...




Meroti lagi minggu lepas....berkongsi resepi kita ngan basic dough ni....dari basic dough ni kita leh buat pelbagai jenis roti yang kita nak...terpulang pada citarasa dan selera memasing nak buat bentuk dan nak letak inti apa....sume pun boleh...satu resepi macam2 roti ada....Asal resepi roti ni amik kat blog noreen @ my home cooking ...noreen lak amik resepi ni kat Nor @ Secubitgaram ...so terimakasih sesgt pada tuan2 punya resepi ni...dan nak mintak izin copy resepi kat sini ek....boleh ya....:D...cuma sedih gak...blog noreen lama sgt dah menyepi...kemana menghilang ya....memang byk gak cuba resepi dari blog ni....ape2 pun hope noreen sihat ..happy sama family ya...Jom kita semak resepinya....

BASIC DOUGH
Resepi Asal  :  Nor @ Secubit Garam
Salinan Dari  : Noreen @ homecooking
Olahan  :  KitchenIsMyWorld


BAHAN-BAHANNYA
  • 380gm tepung roti
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 80gm gula kastor
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3 sudu kecil yis
  • 1 biji telur
  • 100ml air
  • 100gm water roux - lihat resepi sini
  • 30gm butter
  • 30gm shortening ( tak guna pun..sume guna butter...)

CARA-CARA PENYEDIAANNYA
  • masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam bergantung pada jenis BM
  • setelah siap keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • selepas itu bahagikan doh kepada 14 bahagian dengan setiap satu seberat 55gm
  • ambil satu doh dan bentukkan menjadi doh yang kecil dan lakukan sehingga habis
  • rehatkan doh selama 10-15 min
  • selepas itu jika hendak letak inti apa2 pun boleh ( bentuk dan inti terpulang citarasa memasing...ku buat bentuk bulat ditabur ngan gula kat atas permukaan roti...ada jugak inti kacang merah dan jugak buat roti pintal..)
  • ambil satu doh dan tepekkan ke tapak tangan dan letakkan satu sudu kecil inti dan tutupkan semula menjadi bola yang kecil
  • lakukan sehingga habis
  • selepas itu susunkan ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu ( ku griskan ngan shortening...)
  • kemudian biarkan doh tadi naik sekali lagi lebih kurang 45 min ke 1 jam
  • kalau berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven dan apitkan dengan 2 ke 3 cawan air panas ( utk proses mempercepatkan doh kembang...ku panaskan oven sekejap....masukkan mangkuk doh bertutup ngan kitchen towel kedalam oven yg telah dipanaskan....bukan 'on' oven ya...he he...masak lak doh tu nanti...)
  • kemudian bakar pada suhu 180C selama 20-25 min atau sehingga masak dan keperangan ( permukaaan roti ku semburkan ngan air dulu sebelum dibakar..pas tu leh la ditaburkan ngan gula @ bijan sebelum dimasukkan kedalam oven...)
  • jika takut permukaan roti perang sangat bolehlah dibakar dahulu selama 15 min dan selepas itu ditutupkan permukaan loyang tadi dengan aluminium foil dan bakar lagi selama 5-10 min lagi ( utk  mendapatkan permukaan roti yang keperangan...setelah masak kuarkan dari oven...ku sapukan ngan olive oil....)
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk barulah dihidangkan
Note : Texture roti nie memang lembut dan doh pulak memang cantik kentalnya
Untuk proses menguli doh kali ni aku guna stand mixer je...guna hook utk uli doh ....kumasukkan sume bahan2 kering...gaul sebati...disusuli ngan bahan2 cair...uli lagi sehingga membentuk doh...akhir sekali baru masukkan butter @ pun shortening...Ulilah doh sehingga menjadi licin dan elastik....
Taburan gula atas roti ku campurkan sedikit ngan susu tepung...gaul sebati sebelum ditabur atas permukaan roti...gabungan susu ngan gula buat roti rasa lemak2 manis...






Nak makan roti yang mana satu...pilihla yang mana suka...sumenya lembut2 belaka...he he....tak perlu bersusah ke bakery...berhajat... teringin...kedapo je...cukup bahan2nya leh buat sendiri...puas makan...satu rumah bau harum roti...rasa2 macam kat bakery la pulak....


Uikkk...dah pukul 1 pagi rupa2nya...patutla mata ni dah terpisat2....huruf pun dah kembang2...macam nak suruh tido je...sok2 sambung balik ketuk2 keypad lagi...apa story pulak ya...tengokla nanti .....Nite2 ...sweet dreams tuk sume...Hope esok adalah hari yg manis2 belaka...

Happy & Enjoy Cooking....KitchenIsMyWorld....




Monday, October 17, 2011

Pai Bao ....Hongkong Sweet Bun.....



Assalamualaikum...Salam Kesejahteraan...

Plan asal nak buat Puri tuk breakfast ujung minggu hari tu....bgn pagi ...Mel dah siap goreng mee hoon....cancel Puri....akhirnya buat roti petang tu....dapat gak Atiq bawak balik Poli...panas2 kuar dari microwave lagi....Semerbak la bau roti kat rumah ....emmmmm....macam kat bakery la pulak...he he....




PAI BAO...HONGKONG SWEET BUN....
Resepi Asal  :  .christinesrecipes.
Terjemahan/Olahan  :  KitchenIsMyWorld

WATER ROUX STATER...tangzhong

BAHAN-BAHANNYA
  • 50 grams tepung gandum
  • 250 ml air 
CARA-CARA PENYEDIAAN WATER ROUX
  • Tepung gandum dicampurkan dengan air.
  • Dikacau sebati....
  • Menggunakan api yang kecil....masak adunan tepung yang telah dicampur air tadi
  • Masak sehingga adunan menjadi pekat....tutup api....biarkan sejuk...water roux boleh disimpan dalam fridge ...tapi cuma untuk 3 hari je....kalau lebih dari waktu tu...dah tak elok nak digunakan.....warna dia pun dah berubah.....


BAHAN-BAHANNYA....utk doh Pai Bao...Hongkong Sweet Bun
  • 370 gm tepung roti  *
  • 65 gm gula halus  *
  • 5 gm garam  *
  • 12 gm susu tepung  *
  • 6 gm instant dry yeast  *
  • 1 biji kuning telur
  • 125 gm susu segar 
  • 120 gm tangzhong @ water roux...
  • 28 gm condensed milk
  • 75ml whipping cream
  • 35 gm unsalted butter 
  • 1 biji telur...utk sapuan atas roti sebelum dibakar
  • Gula kasar secukupnya utk ditabur atas roti
  • Olive oil utk disapu selepas roti siap dibakar....

CARA-CARA PENYEDIAANNYA....
  • Masukkan sume bahan2 bertanda * ke dalam mangkuk pengadun...gunakan hook utk menguli doh....gaul sebati adunan kering....
  • Campurkan sume bahan2 cair...susu segar...whipping cream...susu pekat dan telur...kacau sebati...masukkan kedalam mangkuk pengadun...gaul dan uli sebati...
  • Masukkan jugak water roux @ tangzhong...gaul lagi sehingga menjadi doh....masukkan pula butter....uli lagi sehingga doh licin dan elastik....
  • Tutupkan mangkuk doh ngan kain...dan biarkan doh mengembang lebihkurang 45 min - 1 jam....
  • Setelah doh kembang....bahagikan doh 40 gm utk setiap satu...
  • Letakkan dalam dulang pembakar yg telah disapu ngan shortening....biarkan doh mengembang lagi utk kali kedua...lebihkurang 45 min....
  • Sebelum dibakar...sapukan dengan telur diatas permukaan roti ...taburkan ngan gula...
  • Panaskan oven 180 darjah Celcius...bakar roti lebihkurang 15 - 18 min @ sehingga roti masak...berwarna keperangan....
  • Keluarkan dari oven...sapukan olive oil atas permukaan roti....

Nota  :
Boleh rujuk kat sini utk dapatkan cara2 nak buat pintalan roti....4 strand braided.....macam2 ada teknik dan caranya....
Setelah pintalan dibuat...aku gulungkan dan masukkan kedalam muffin baking tray...sebab tulah bun yg ku buat seakan2 muffin....apa2 pun terpulang citarasa memasing nak buat bentuk macamana ya....



  


Sweet bun yang lembut....leh buat lagi next time....best dimakan ketika baru kuar dari oven...lembut gebus....terasa nak makan roti tuk breakfast esok...bolehla try resepi yang ada .... :D
Happy & Enjoy Cooking....KitchenIsMyWorld....


Friday, October 14, 2011

GoliatH GrahaM Bread....Yellow River Bun....Alex GoH



Assalamualaikum....Salam Kesejahteraan....


Salam pagi Jumaat....kejapnya dah hari Jumaat.....pejam celik...dah tengah bulan Oktober....tak lama lagi abis dah tahun 2011....cepatnya....rasa cam baru je awal tahun...ni dah nak masuk ujung tahun ....ish2.....tak nak cakap byk2 hari nilah...he he...boleh ke....

Goliath graham Bread....apa kebendanya tu....jgn tanya pasal nama yg 1st time aku dengo ni....Sebenonya roti biasa je ni cuma aku guna tepung yang diberi nama pjg lebo ni....Goliath Graham...beli kat Amore e bake hari tu....lama jugak dah beli...Adriana kata cubala buat roti guna tepung ni....sedapppp....Macam biasalah aku ni...kalau ke Amore....dari tak de benda nak beli..macam2 ado je yg dibawak balik....jadinya bila dah beli....kenala try buat kan....kang expired lak tepung tu....membazir lagi namanya.....
Amik resepi dari CookBook Magic Bread from AleX Goh....chef popular gak ni....macam2 resepi roti ada dalam buku ni....tertarik nak cuba resepinya....dalam teknik pembuatan roti Alex Goh ni...berbeza dari teknik yg pernah aku buat sebelum ni ....tu yang teringin nak cuba....apa perbezaannya ek....Jom kita tengok.....




Nama asal resepi dalam buku ni Yellow River Bun....cuma bila aku dah guna tepung Goliath ni...kuubahkanlah nama resepi roti ni....pandai2 je aku ni....Bolehla kan...


GOLIATH GRAHAM BREAD.....Yellow River Bun......
Resepi Asal  :  Magic Bread CookBook from Alex Goh
Terjemahan/Olahan  :  KitchenIsMyWorld

BAHAN-BAHANNYA...

A
  • 100 grams tepung roti
  • 70 grams air panas mendidih

B
  • 300 grams tepung roti
  • 100 grams tepung gandum ( ku guna goliath graham mix flour...)
  • 75 grams  gula halus
  • 6 grams garam halus
  • 20 grams susu tepung
  • 9 grams yis segera

C
  • 175 grams air sejuk dari fridge
  • 60 grams telur sejuk..dari fridge

D
  • 75 grams butter

E
  • 300 grams kismis...( aku tak letak pun....)
  • Gula dan Butter tuk letak atas permukaan roti...
  • Telur tuk disapu atas permukaan roti sebelum dibakar...sedikit olive oil tuk disapu atas permukaan roti setelah dibakar....


CARA-CARA PENYEDIAANNYA....
  • Campurkan air panas kedalam bahan A....uli sehingga menjadi doh....tutupkan adunan dengan kitchen towel...biarkan sejuk...kemudian disimpan dalam fridge sekurang2nya 12 jam...langkah ni aku tak ikut....aku cuma biarkan doh dalam room tempreature lebihkurang 3 - 4 jam....
  • Campur dan gaul sebati bahan2 B....masukkan bahan2 C...uli menjadi doh kasar...masukkan doh A..uli sebati......
  • Masukkan bahan D....uli lagi sehingga membentuk doh yang licin...dan elastic....
  • Tutup doh ngan kitchen towel...dan biarkan mengembang dalam lingkungan 45min - 1 jam.....
  • Bahagikan dough 80 grams setiap satu....bentukkan bulat....biarkan 10 minit lagi....
  • Leperkan doh dan bentukkan bujur....
  • Letakkan dalam dulang pembakar yg telah disapu sortening...dan biarkan doh mengembang sekali lagi dalam lingkungan 45 minit....
  • Sapukan telur atas permukaan roti....belah atas permukaan roti...letakkan butter dan taburkan gula diatasnya....
  • Panaskan oven 180 darjah Celcius....bakar dalam lingkungan 12 - 15 min. @ sehingga roti masak keperangan...Setelah masak ...kuarkan dari oven....sapukan olive oil atas permukaan roti..( yg ni ku tambah....tak de dalam resepi asal...)

Nota  :
Bentuk dan saiz doh terpulang pada citarasa memasing k...begitu juga ngan topping kat atas roti...macam2 leh letak...ikut selera memasingla ya...:D..Teknik buat roti ni agak beza sikit kan...kebiasaan resepi yg pernah ku guna...menggunakan air suam...tapi kali ni guna air sejuk dan telur yang sejuk dari fridge....saje mengubah cara...tak salah mencuba kan....
Untuk bahan E...kismis..kalau nak letak...campurkan last sekali ...ulilah sebati....

Nilah rupa tepung goliath tu..seakan2 wholemeal flour....kasar2 tepungnya....rasanya sedap jugak....tapi anak dara ku Mimi tak suka ....suka plain bread cam biasa je....so....bakar roti...bawak ke opis jelah....tak perlu risau pun....confirm abis.....Alhamdulillah.....




Hasil tekture roti ni agak kasar dan keras sikit...mungkin sebab aku campurkan ngan tepung goliath ni...kalau tak guna tepung ni...mungkin hasilnya berbeza...tapi bila panaskan balik...roti ni tetap lembut dan gebu...cecah ngan air teh ke kopi ke...memang best....Tak pun belah roti ni sapu ngan jem....sume pun boleh....
Saja nak try lain2 resepi roti....sok2 nak try roti lain pulak lah....tgh dok membelek2 lagi ni....pas ni nak buat sweet bun cam biasa jelah....kalau tak confirm anak dara ku Mimi tu tak makan...alahai!..anak2....macam2 ragam dan..macam2 seleranya.....
Enjoy Cooking....KitchenIsMyWorld......




Thursday, July 28, 2011

Waffle Bread Tuna Sandwich....emmm....



Assalamualaikum...Salam Kesejahteraan....

Nak buat waffle...alamak sensorang malasla pulak nak bancuh2 bagai....he he ....lepas kemas2 rumah pagi tadi...terus ke dapo tgk ape yang ada...pe dia...tak keje ke...he he..very the big boss bagi cuti...kita cutilaaa...leh buat keje dari rumah je...eh eh sambung story....Roti  ada...tuna ada...cheese pun ada...taraaaa....menu bekpas ringkas lagi...tapi nama resepi tuk bekpas ni punyala pjgnya...main sesuka je letak...bolehla kan....Bila perut dah lapo...capai je yg mana boleh...ringkas...mudah dan mengenyangkan....




WAFFLE BREAD TUNA SANDWICH...

BAHAN-BAHANNYA...
  • 4 keping roti
  • 2 keping silce cheese
  • Hirisan dadu cili capsicum secukupnya...
  • Cili Tuna secukupnya
  • Butter
  • Waffle Maker..


CARA-CARA PENYEDIAANNYA...
  • Sapukan butter pada roti...
  • Letakkan 2 keping roti atas acuan waffle...
  • Letakkan inti tuna..cili capsicum dan kepingan cheese..kapitkan ngan roti selebihnya...
  • Tutupkan/kapitkan acuan waffle...dan biarkan roti hingga masak..sehingga keperangan....
  • Siap dah...roti dipotong dua setiap satu...dapatlah 4 keping sandwich....






Senangkan..dan rasanya pembaca dan kengkawan sume tau membuatnya....saje kongsi2kan idea..dari roti jadi waffle bread...rupa waffle tapi rasa roti sandwich yg rangup...part inti tu kalau nak letak sambal tumis pun boleh...memang aku suka bakar roti cam gini...lebih rangup dan berubah wajah sikit...he he...

...KitchenIsMyWorld...EnjoyCooking...EnjoyEating....



Wednesday, March 2, 2011

MEXICON BUN....SAUSAGE BUN....PRETZEL....

Macam-macam roti ada....rajinnya ....bukan rajin....kreatifla kononnya....ha ha ha...puji diri sendiri nampak....takkkkk....macamana pulak nak masuk bakul angkat sendiri....kenala org lain yang mengangkatnya....he he he...so selalunya pujian mesti datang dari org lain....setuju tak....kena setuju....kalau puji sendiri tu namanya terperasan... :-)

Salam malam Khamis....cptnya masa berjalan...esok dah hari Khamis....dah masuk bulan 3 pun.....emmmm....harap2 esok.... hari yang lebih baik dari hari ini dan semalam.....Buat roti ni hari minggu ari tu....siap je bakar roti....adikku Odi n family dah sampai depan rumah....he he dia selalu macam ni..call je...
 " kak...kat mana ni....Odi ada kat depan rumah ni...." nasib baikla aku ada kat rumah....rezeki diorgla dapat makan roti fresh from oven....eh eh...from microwave....


Jom makan roti....macam2 ada....pilihla yang mana suka...

 Sausage Bun...fresh from oven....vision homes....

 Pretzel...Pretzel?....kononya nak buat pretzel....he he...jadi bun Pretzel pun okla...
satu topping ngan cinnamon sugar...satu lagi tu sapu ngan melted butter je...

 Sudut paling dekat....Mexicon Bun...he he...comot je toppingnya...


BASIC BREAD DOUGH...

 
BAHAN-BAHANNYA
  • 375 grams tepung roti  *
  • 100 grams super fine flour  *
  • 35 grams  susu tepung  *
  • 3/4 sudu kecil garam  *
  • 75 grams castor sugar  *
  • 21/2 sudu kecil yis  *
  • 1/2 sudu kecil bread improver  *
  • 1/2 sudu kecil bread softerner  *
  • 1 biji telur  #
  • 150 ml low fat milk  #
  • 40 grams mentega/shortening
  • 100 grams water roux starter.... #
  • Olive oil - untuk sapuan atas roti
  • Bijan/Cheese @ gula pasir + susu tepung - untuk ditaburkan atas roti
  • Sausage atau apa-apa inti...ikut selera memasing k....( sausage direbus sekejap pas tu ditoskan dan dilap kering.....)
telur..gula ..waterroux & shortening,,,,

 tepung...low fat milk...yis..bread softener & bread improver....

WATER ROUX STARTER
 
BAHAN-BAHANNYA
  • 50 grams tepung gandum
  • 250 ml air 
CARA-CARA PENYEDIAAN WATER ROUX
  • Tepung gandum dicampurkan dengan air.
  • Dikacau sebati....
  • Menggunakan api yang kecil....masak adunan tepung yang telah dicampur air tadi
  • Masak sehingga adunan menjadi pekat....tutup api....biarkan sejuk...water roux boleh disimpan dalam fridge ...tapi cuma untuk 3 hari je....kalau lebih dari waktu tu...dah tak elok nak digunakan.....warna dia pun dah berubah.....

MEXICON BUN TOPPING....
  • 100 grams butter..
  • 80 grams gula icing
  • 1 biji telur
  • 1 packet hot chocolate  *
  • 1 packet kopi segera Aik Cheong...direndam dalam 1/4 cawan air panas...  *
  • 100 grams tepung gandum...
 CARA-CARA PENYEDIAANNYA TOPPING MEXICON BUN
  •  Menggunakan hand @ stand mixer pukul butter sehingga lembut...masukkan gula icing...pukul lagi hingga sebati dan kembang.
  • Masukkan telur...pukul lagi....
  • Campurkan bahan2 bertanda  * kemudian diadun sebati ngan bahan2 yang dah dipukul tadi...
  • Akhir sekali masukkan tepung....pukul sebati....siap dah...
  • Gunakan piping bag untuk buat topping atas bun....
 
 
CARA-CARA PENYEDIAAN BREAD DOUGH
  • Masukkan kesemua bahan yang bertanda *....ke dalam mangkuk pengadun...
  • Campurkan bahan yang bertanda #...kacau sebati...
  • Masukkan bahan yang bertanda # yang telah dikacau sebati kedalam bahan yang bertanda *....uli adunan sehingga agak lembut....masa ni boleh masukkan mentega/shortening sedikit demi sedikit....dough akan jadi tambah lembut...dan tidak melekat lagi ditangan....proses ni amik masa lebihkurang 15 - 25 minit....bila permukaan dough dah licin...kira ok dah tu....
  • Tutupkan mangkuk dough ngan kain...rehatkan dan biarkan dough mengembang....amik masa lebihkurang 1jam... (...kalau dough nak cepat naik....panaskan oven dalam lingkungan 3 - 4 minit...pas tu boleh lah masukkan dough yang telah ditutup ngan kain kedalam oven...kepanasan dalam oven tadi boleh buat dough cepat mengembang....he he jangan silap paham la pulak...masuk dough dalam oven bukan untuk dibakar lagi ya....cuma proses mengembangkan dough je....cubala....)
  • Setelah dough mengembang....keluarkan dari mangkuk...tumbuk2kan dough untuk mengeluarkan angin/udara...
  • Bahagikan dough ikut citarasa masing2 k....tapi kalau nak buat sausage bun....aku timbang berat dough 55 grams setiap satu.....kalau nak buat bun manis yang comel2 kurangkanla berat timbangan....
  • Setelah dibentuk atau dimasukkan inti susunla didalam loyang pembakar yang telah disapu ngan shortening dan ditabur sedikit tepung.....
  • Biarkan dough yang dibentuk rehat dan mengembang sekali lagi....lebihkurang 30 - 45 minit....
  • Untuk Mexicon Bun....setelah dough kembang....letakkanlah toppingnya kat atas bun sebelum dibakar...

    Mexicon Bun dah siap ngan toppingnya....boleh dibakar.....untuk bun ni tak perlu sembur ngan air sebelum dibakar dan disapu ngan olive oil selepas dibakar...
  • Panaskan oven 180 darjah C....semburkan air keatas permukaan roti...tabur bijan atau cheese.... bakar dalam tempoh masa  15 - 20 minit atau sehingga masak keperangan...
  • Keluarkan roti dari oven....sapukan olive oil keatas permukaan roti....biarkan sejuk....kalau nak makan suam2 pun sedap....Emmmm....harum semerbak bau roti kat rumah ni....macam bau bakery....


Nota :
Kalau guna Bread Maker method....senang je....masukkan sume bahan2 untuk dough....settingkan untuk bread dough....proses menguli dan mengembangkan dough amik masa 11/2 jam....ikutlah arahan bread maker memasing.....proses seterusnya ikutlah seperti diatas.....he he mudahnya....okla tu....jimat tenaga...
 Untuk buat Pretzel....rasanya nanti dulula ya...masih dok try & error...aku sesaje nak mencuba...hasilnya tak berapa nak menjadi....nanti kalau dah sukses...confirm aku letak resepinya kat sini......he he Pretzel dah jadi Pretzel Bun....
 For Mexicon Bun....patutnya ada filling kat dalam bun....he he aku kurang rajin...so letak topping jelah...dan lebih elok kalau Mexicon Bun diletak dalam loyang pembakar yang tak bertebing....taklah melekat macam bun yang aku buat....kesilapan teknik....lainkali leh buat lagi...




Kalau2 rajin....bolehla cuba buat bun2 ni....satu basic bread dough....macam2 rasa dan bentuk boleh dibuat..
senangkan....




.......Cooking Is Fun......




Tuesday, February 1, 2011

ROTI MENGGEBU LAGI....he he he....

Bukak bakery ke ape kat rumah aku ini....he he he...sian assistantku....tak henti2 berkerja....Hari2 buat roti....dah ada kemudahan kenala gunakan...tak gitu....nak buat macamana...buat je habis....buat je habis...tu yang hari2 kenala buat roti....Al-maklum sajala....dimusim2 hujan ni....perut tu berkeroncong selalu....bila ada roti....senang je....ngap...ngap...ngap...terus makan....



Sweet Bun....ubah bentuk lain pulak....he he he...






BASIC BREAD DOUGH

BAHAN-BAHANNYA
  • 475 grams tepung roti *
  • 35 grams  susu tepung *
  • 3/4 sudu kecil garam *
  • 21/2 sudu kecil yis *
  • 1 biji telur #
  • 150 ml air #
  • 40 grams mentega/shortening
  • 100 grams water roux starter....#
  • Olive oil - untuk sapuan atas roti
  • Bijan/Cheese @ gula pasir + susu tepung - untuk ditaburkan atas roti
  • Sausage atau apa-apa inti...ikut selera memasing k....( sausage direbus sekejap pas tu ditoskan dan dilap kering.....)
WATER ROUX STARTER

BAHAN-BAHANNYA
  • 50 grams tepung gandum
  • 250 ml air 
CARA-CARA PENYEDIAAN WATER ROUX
  • Tepung gandum dicampurkan dengan air.
  • Dikacau sebati....
  • Menggunakan api yang kecil....masak adunan tepung yang telah dicampur air tadi
  • Masak sehingga adunan menjadi pekat....tutup api....biarkan sejuk...water roux boleh disimpan dalam fridge ...tapi cuma untuk 3 hari je....kalau lebih dari waktu tu...dah tak elok nak digunakan.....warna dia pun dah berubah.....

CARA-CARA PENYEDIAAN BREAD DOUGH
  • Masukkan kesemua bahan yang bertanda *....ke dalam mangkuk pengadun...
  • Campurkan bahan yang bertanda #...kacau sebati...
  • Masukkan bahan yang bertanda # yang telah dikacau sebati kedalam bahan yang bertanda *....uli adunan sehingga agak lembut....masa ni boleh masukkan mentega/shortening sedikit demi sedikit....dough akan jadi tambah lembut...dan tidak melekat lagi ditangan....proses ni amik masa lebihkurang 15 - 25 minit....bila permukaan dough dah licin...kira ok dah tu....
  • Tutupkan mangkuk dough ngan kain...rehatkan dan biarkan dough mengembang....amik masa lebihkurang 1jam... (...kalau dough nak cepat naik....panaskan oven dalam lingkungan 3 - 4 minit...pas tu boleh lah masukkan dough yang telah ditutup ngan kain kedalam oven...kepanasan dalam oven tadi boleh buat dough cepat mengembang....he he jangan silap paham la pulak...masuk dough dalam oven bukan untuk dibakar lagi ya....cuma proses mengembangkan dough je....cubala....maklumla musim2 hujan ni...cuaca dingin...lambat pulak naik dough tu nanti....)
  • Setelah dough mengembang....keluarkan dari mangkuk...tumbuk2kan dough untuk mengeluarkan angin/udara...
  • Bahagikan dough ikut citarasa masing2 k....tapi kalau nak buat sausage bun....aku timbang berat dough 55 grams setiap satu.....kalau nak buat bun manis yang comel2 kurangkanla berat timbangan.... untuk buat bentuk bun yang seperti diatas seeloknya beratnya kena lebih...sebab satu dough tu nak dibahagi lagi kepada 8 bahagian....amiklah dalam lingkungan 150 - 200 grams...
  • Setelah dibentuk atau dimasukkan inti susunla didalam loyang pembakar yang telah disapu ngan shortening dan ditabur sedikit tepung.....
  • Biarkan dough yang dibentuk rehat dan mengembang sekali lagi....lebihkurang 30 - 45 minit....
  • Panaskan oven 180 darjah C....semburkan air keatas permukaan roti...tabur bijan atau cheese.... kali ni aku cuma taburkan gula pasir kasar yang dicampur ngan susu tepung..bakar dalam tempoh masa  15 - 20 minit atau sehingga masak keperangan...
  • Keluarkan roti dari oven....sapukan olive oil keatas permukaan roti....biarkan sejuk....kalau nak makan suam2 pun sedap....Emmmm....harum semerbak bau roti kat rumah ni....macam bau bakery....
Nota :
Kalau guna Bread Maker method....senang je....masukkan sume bahan2 untuk dough....settingkan untuk bread dough....proses menguli dan mengembangkan dough amik masa 11/2 jam....ikutlah arahan bread maker memasing.....proses seterusnya ikutlah seperti diatas.....he he mudahnya....okla tu....jimat tenaga...

Cara-cara nak bentuk bun ni.....



Step 1....Dough dibentuk bulat...dan dicanai...kemudian dibahagi kepada 8 bahagian...
Step 2....gulungla dough yang telah dicanai tadi dari bahagian yang besar ke arah bahagian yang meruncing hujungnya...

Step 3....bengkokkan sedikit dikedua belah hujung dough....susunkanlah dalam dulang pembakar....

Anak bujangku request Papa rotila pulak....he he...kenala cari resepinya ....rasa macam pernah jumpa...kenala click2 lagi pas ni....puas rasa hati kalau dapat memenuhi permintaan anak2 ni...bila masak habis pulak tu lagila happynya....bentuk roti ni ala-ala Croisant...lum pernah lagi buat Croisant....nanti boleh jugak nak try buat....Enjoy Cooking....Enjoy Eating....
Kalau nak tengok resepi yang asal boleh click kat http://noreen-homecooking.blogspot.



Saturday, January 29, 2011

ADUHAI.....ROTI LAGI?????.....he he he jangan jemu tengok ya....

Hasil kejadian roti orang stress.....bila stress .....masak...masak....dan terus memasak....he he....nasib baiklah ...kalau setiap kali stress....makan...makan dan makan....parah la pulak.....bertambah gebula badan....Sambil menyambil buat Kuih Seri Muka....ku bagi tugas pada assistantku breadmaker.....menguli lagilah dia....keh...keh....keh....sampai tengah malam....orang lain dok lena mengulit mimpi....aku kat dapo sibuk menguli roti....he he he....ok pe....pas tu bawak pi opis....bagi orang lain makan....aku masak2 je...terapi mindakan.....ape-ape jelah....Moh la kita tgk roti org stress ni....he he he...

Roti...roti...roti lagi....

Roti sausage....roti manis....bila buat roti ni....memang tak pernah tak habis....Bila bawak ke opis....kejap ada....kejap lagi tak ada dah....alhamdulillah syukur....berkongsi rezeki....nikmat yang tuhan beri....
Kat rumah pun cam tu jugak....tinggal seketul for my hubby celup ngan teh tarik....ok lah tu....Bila masak sumenya habis....fuhhh....sukanya....tak membazir....nanti boleh buat lagi....he he....
Resepinya....macam selalu....guna resepi yang sama je aku buat sebelum ni....berhajat nak buat....boleh click je kat sini k.....

Selamat malam selamat pagi
Nak makan roti mehla sini....
Enjoy Cooking.....Enjoy Eating