Friday, June 21, 2013

Nasi Pilaf Tomato...n the gang...



Assalamualaikum....Salam Kesejahteraan....

Jumaat...aik! Jumaat dah hari ni...cepatnya masa berjalan....hari ni big bos kata tak yah masuk opis....orait....kurang serabut sikit....heeee.....damai rasa hati bila kat rumah ni....Rumah ku Syurga ku....
Apa aktiviti cuti2 ni...tak byk sgt yg nak diativitikan...bdn tak bape nak sedap...kepala bengap...hidung tersumbat...cuaca kat luar tak sihat...kita yg dalam rumah pun cam tu gak...sot..sot...hidung ku....lepak2 ..tgk  tv sambil beron9...tgk2 resepi....cilick sana...click sini...last2 sangkut kat resepi nasi pilaf@pilau....cam2 versi ditgk....ujung2 amik resepi adik sayang ku sorang ni....he he he...Nor@Secubitgaram....akak amik resepi ya...cuma sorry la ek...akak modified sikit ....
Tak lupa timakasih juga kat penyumbang resepi asal dari adik sayang lagi sorang ni Ayu@Curlybabe's Satisfaction   
Timakasih sume....luv u all byk2...

 NASI PILAF TOMATO
Resepi asal/Sumber  :  Nor@secubitgaram &Ayu@Curlybabesatisfaction
Salinan/Olahan  : KitchenIsMyWorld

BAHAN-BAHAN

  • 1kg beras basmath, cuci bersih rendam selama 10-15 minit dan tos airnya ( aku guna 5 pot beras basmathi )
  • Air mengikut paras beras dan lebihkan 1 cawan lagi ( aku guna 5 pot air + 1 pot susu cair )*
  • 5cm kayu manis 
  • 5 biji buah pelaga-(Ayu gunakan 4 biji aje)
  • 2 helai daun bay-(Ayu gunakan 1 helai aje)
  • 1 biji bawang besar dihirs halus
  • 1 sudu makan pes halia dan pes bawang putih ( dikisar bersama tomato, 1 sb serbuk jintan manis dan 1 sb serbuk ketumbar )
  • 2 biji lada merah, dibelah jangan putus
  • 3 sudu makan pes tomato ( ku guna 2 biji tomato )
  • 1/2 cawan daun pudina ~ k.nor gantikan dgn daun ketumbar ( Tak letak pun...tak de stok jugak )
  • 1/4 cawan susu sejat ( aku guna 1 pot susu cair yg dicampur ngan 5 pot air utk ditanak bersama beras )*
  • garam secukupnya + secubit serbuk perasa-(Ayu tambah)(ku tambah 2 ketul chicken cube )
  • secukup minyak atau ghee untuk menumis ( guna minyak ngan butter )
  • sedikit kacang gajus goreng ~ k.nor tak letak ( tak letak jugak..)


CARA-CARA PENYEDIAANNYA

  • Tuang kedalam periuk nasi letrik, air, susu sejat dan garam. Ketepikan
  • Panaskan sedikit minyak atau ghee didalam kuali dan tumis kayu manis, pelaga dan daun bay sehingga meletup-letup dan wangi. Masukkan hirisan bawang dan lada merah. Tumis lagi sehingga bawang lembut dan wangi. Masukkan pes halia/bawang utih dan tumis selama 5 minit lagi, sehingga keharumannya dapat dihidu. Barulah dimasukkan pes tomato dan daun pudina.Biarkan sehingga keluar minyak.Matikan api.
  • Tuangkan semua rempah yang panas, kedalam periuk nasi letrik. Kacau sekali sahaja. Tutup periuk dan biarkan sehinga mendidih. Seterusnya buka tutup periuk, tuang semua bras yang telah dicuci dan toskan. Kacau sekali sahaja, tabur diatasnya kacang gajus goreng, gemburkan nasi dengan garpu sehingga kembang dan bergaul rata dengan gajus. Tutup periuk nasi.


 DAGING GULAI KAWAH
Resepi Asal/Sumber : Buku Chef Hanieliza 1 Hari 1 Resepi
Salinan/Olahan  : KitchenIsMyWorld

BAHAN A

  • 500 gram daging lembu ( ku guna lebihkurang 1 kg daging )
  • 2 sudu besar kerisek
  • 2 cawan santan pekat ( ku guna 200ml santan kotak )
  • 2 sudu besar gula perang
  • 2 keping asam gelugur
  • 2 ketul chicken kiub ( yg ni ku tambah )
  • Minyak masak untuk menumis
  • Garam secukup rasa 
  • Air secukupnya

BAHAN B (Dikisar )

  • 20 tangkai cili kering ( ku guna 2 sudu besar cili serbuk )
  • 1 sudu besar rempah kari daging ( ku guna 2 - 3 sudu besar )
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 7 biji bawang merah ( ku tak guna )
  • 1 labu bawang besar ( ku guna 2 labu bwg besar )
  • 3 ulas bawang putih
  • 11/2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras ( yg ni ku tambah )

BAHAN C ( Bahan untuk menumis )

  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga

BAHAN D ( Hiasan )(ku tambah )

  • 2 - 3 biji kentang...dikupas dan dibelah empat
  • 1 biji cili merah dibelah empat
  • 1 biji cili hijau dibelah empat


CARA-CARA PENYEDIAANNYA

  • Daging dipotong kecil, kemudian cuci dan toskan.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi...
  • Masukkan bahan yang dikisar dan masakkan sehingga wangi dan pecah minyak.
  • Masukkan daging juga kentang  dan kacau rata, kemudian masukkan sedikit air dan kacau rata dan biarkan daging &kentang dimasak sehingga empuk..
  • Apabila sudah pecah minyak dan daging empuk,masukkan santan pekat, kerisek,asam gelugur,garam,gula merah dan chicken kiub..
  • Masak sehinggah mendidih dan kuah sedikit pekat dan pecah minyak lagi...juga dikacau sekali sekala...
  • Akhir sekali masukkan cili hijau dan cili merah yang telah dibelah tadi...tutup api dan boleh dihidangkan...



ACAR MENTAH

BAHAN-BAHAN
  • 1 biji karot dihiris memanjang
  • 2 biji timun jepun dihiris memanjang ( isi tengah dibuang ya )
  • 1 biji bawang besar dihiris halus
  • 1 biji cili merah dibuang biji dihiris memanjang
  • 1 biji cili hijau dibuang biji dihiris memanjang
  • Gula
  • Cuka
  • Garam
  • Air kapur

CARA-CARA PENYEDIAANNYA
  • Campurkan sume bahan...tambahkan gula,garam dan cuka secukup rasa...akhir sekali campurkan 1 sudu kecil air kapur....
  • Gaul sebati sume bahan dalam mangkuk...tutup ngan cling wrap...masukkan kedalam fridge sebelum dihidangkan....


Waaaaa....panjang tul N3 kali ni ya...he he...tgh rajin...kalau tak tu..mau setahun baru kuar dalam blog...sebenonya....byk senarai yg menunggu nak di updatekan dalam blog....maklum jelah...lebih setahun bertapa....hope mood berblogging ni masih dok ada sepanjang masa...

Okaylah ...berbalik pada menu hari ni...Nasi Pilaf Tomato n the gang....cuba2 la ya kalau rasa nak mengubah selera....

Happy&Enjoy Cooking @ KitchenIsMyWorld.....see youuuu...



9 comments:

Sheila Shafeareen said...

salam nk menyelerakan..boleh lah akk cuba bulan puasa nnt

cik cek said...

Salam kembali sheila...eya kan bulan posa tak lama lagi dah....lehla ubah selera....kan..

Amie said...

Banyak jenis nasi beraroma yang belum pernah kita cuba, termasuklah nasi pilaf... akan sampailah waktuya nanti untuk cuba, masukm list dulu ye CIk Cek.

cik cek said...

Amie...
masuk list dulu ya...nanti cuba ya,,,memang best...:)

K.Nor said...

k.cek! adik syg dtg nak makan! hehe.. :)

tun_telani said...

Salam kak cek.. wah... sedapnyer.. set lengkap dgn gulai kawah lagi.. lama x makan.

cik cek said...

Haaaa...dtg pun adik sayang kak cek...sila2 meh lah masuk...memang ada tinggal tuk Nor ni....siap leh tapau wat balik lagi tau...he he..:)

cik cek said...

Salam tun...
Hari ni ubah selera...lama sgt dah tak makan nasi2 berperisa ni....memang gabungan yg best....gulai kawah resepi kak hanieliza ni memang umphhhh...simple dan sedapppp...:)

izzi said...

Appreciating the persistence you put into your blog and the detailed information you provide. Keep up the good work.
plastic cup malaysia
plastic packaging malaysia
packaging biskut raya