Monday, January 10, 2011

KUIH PAU lagi....versi kukus....aktiviti hujung minggu.....

Busy weekend....baru sempat nak masukkan new entry....new entry tapi cerita pagi Sabtu....Minggu ni kat rumah ramai tetamu....kawan2 anak daraku.....Macam biasala....aku bila ramai2 ni lagila aku menyibukkan diri kat 'my world.....' tambah semangatla sikit nak extra masak....sebab ada orang yang nak makan.....
Breakfast Saturday morning.....macam2 ada.....

 
Menu Utama
  • Nasi Lemak Tanak/Kukus
  • Rendang Ayam
  • Sambal Tumis Ikan Bilis
  • Ulam-ulaman....timun...petai pun ada tau....he he awet muda kalau suka makan ulam2 ni...

 
Menu Sampingan
  • Pau Kukus Inti Daging + telur burung puyuh....wah!
  • Pau Kukus Inti Kacang Merah.....

 
Minuman
  • Teh Tarik
  • Nescafe Tarik
  • Teh O Panas
  • Kopi O Panas
He he....macam menu kat kedaila pulak.....your order please!........

 
Rendang Ayam...
 
 Sambal Tumis Ikan Bilis...
 
Gambo nasi lemak ngan ulam-ulaman telupa pulak nak amik....kalau nak resepi nasi lemak bolehla rujuk entry sebelum ni k....http://cekvisionhomes.blogspot.com/2010/12/aktiviti-hujung-mingguahad-6-muharam.html.....untuk resepi Rendang Ayam....sok2 aku letakkan k.... :-)
 
INTI DAGING
 
BAHAN-BAHANNYA

  • 400 grams daging cincang/hancur
  • 2 - 3 biji kentang dipotong dadu
  • 2 biji bawang besar dipotong dadu*
  • 11/2 sudu besar rempah kari*
  • 11/2 sudu besar rempah kari/kurma*
  • 1 inci halia dititik dan diracik halus*
  • 2 ulas bawang putih dititik dan diracik halus*
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 chicken cube
  • 1 batang celery yang dihiris
  • 2 biji cili merah dihiris halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya (untuk melembutkan kentang....)
  • Minyak masak untuk menumis
  • Telur burung puyuh yangtelah direbus secukupnya....kalau suka...tak letak pun tak pe...
 
CARA-CARA PENYEDIAANNYA
  • Daging dicuci dan dtoskan..
  • Sediakan kuali yang berisi minyak masak....
  • Tumiskan sume bahan-bahan yang bertanda * 
  • Bila dah naik bau...bolehlah masukkan daging yang telah ditoskan tadi...
  • Masukkan kentang yang telah dipotong dadu...masa ni bolehlah masukkan sedikit air...tutup kuali ....
  • Masaklah sehingga kentang empuk....
  • Masukkan sos tiram, chicken cube dan lada hitam....garam dan gula secukup rasa...
  • Bila inti semakin pekat bolehla dimasukkan cili dan celery yang telah dihiris tadi....kacau rata dan sebati...masak dah ....tutup api....inti letakkan dalam penapis....nak toskan minyaknya.....pas tu bila dah sejuk....nak terus digunakan pun boleh atau boleh disimpan dalam frezzer.....siap dah.....senang kan....  
Inti kacang merah aku beli yang ready made je kat Amore e-bake...sedap intinya..tak perlu bersusah2 nak masak.
 
Jom masak2 inti untuk Pau....Initi Daging
 Potong Celery.....
Inti daging yang dah dikuarkan dari frezzer....
 
Pau Inti Daging ni aku buat hari Kahmis malam lagi....pas tu simpanlah dalam freezer....nak masak keluarkanla dulu...biarkan dalam room tempreature....barula pau tu dikukus.....hasilnya macam kurang gebu la pulak....mungkin tak cukup lama dalam room tempreature kot atau pun tak betul teknik simpan dalam frezzer tu ke.......frust je....selalunya pau yang aku buat tetap lembut dan gebu walaupun dah sejuk....tapi kali ni alahai....bila sejuk...kematu dah pau ni....rupanya pun tak cantik.... :-(   Ape-ape pun mehla tengok resepinya...timkasih pada yang empunya resepi....
 
PAU DOUGH
 
BAHAN-BAHANNYA
  • 8 grams yis segera
  • 160 ml air suam
  • 1/2 sudu kecil cuka atau jus lemon
  • 280 grams tepung pau @ hong kong flour
  • 100 grams wheat starch
  • 90 grams icing sugar
  • 20 grams shortening @ minyak sayuran
  • 10 grams baking powder
  • 15 ml air sejuk ( air dari fridge ....)
  
CARA-CARA PENYEDIAANNYA
  • Tepung dan gula icing dimasukkan dalam mangkuk pengadun....digaul sebati
  • Buatkan lubang ditengah adunan tepung.....masukkan air, jus lemon atau cuka....masukkan yis segera....dikacaukan guna senduk atau guna tangan pun boleh....gaul bersama tepung..
  • Masukkan shortening/vegetable oil...ulilah sebati sehingga permukaan adunan licin....lebihkurang 15 hingga 25 minit menguli...wah! lenguh tu....kalau dah biasa ok je.....
  • Tutup adunan dalam mangkuk pengadun dengan kain...biarkan mengembang...amik masa lebihkurang 45 min...hingga 1 jam...
  • Keluarkan adunan tepung....ditumbuk2 untuk mengeluarkan angin/udara dalam tepung...
  • Baking powder yang telah dibancuh dengan air sejuk direnjiskan ke adunan tepung....diuli sebati lagi sehingga lembut.....
  • Bahagikanla adunan mengikut saiz yang dikehendaki....aku timbang 50 grams untuk setiap bun....kalau nak kecik kurangkanla timbangannya.....
  • Dicanaikan sedikit.....ambil 1 sudu kecil inti....masukkan inti kedalam adunan....jangan lupa letak telur burung puyuh....adunan bun dikelim/ditutup....tengok gambo kat bawah k....how to pleat the bun pau.....
  • Untuk inti kacang merah....aku dah bulat2kan dulu intinya....senang nak masukkan dalam adunan bun....
  • Lapiskan bawah bun ngan kertas....aku guna bekas cupcake je...tak yah nak gunting2 shape dia....nak senang dan cepat....
  • Rehatkan adunan dalam 15 hingga 20 minit lagi....
  • Panaskan kukusan....guna api besar k...
  • Semburkan air keatas adunan bun yang nak dikukus .....
  • Kukuslah sehingga masak....anggaran 10 - 12 minit.....
Nota  :
Kalau guna Bread Maker proses menguli jadi lebih mudah....masukkan sume bahan kedalam bread maker dan tekanlah setting untuk dough....masa yang diambil lebihkurang 11/2 jam.....prosesnya dari menguli sehinggalah dough rehat dan mengembang.....selepas itu buatla proses seterusnya seperti yang diatas.....
 
 Teknik mengelim pau bun....sorry gambo tak jelas sgt...jurugambo tak bertauliah yang amik...he he...ni inti kacang merah....
 
 Setelah dikelim...dipusing/disimpulkan bahagian atas bun....siap...
 
 Nilah rupanya bun pau yang telah siap diletakkan intinya....rehatkan sekejap sebelum dikukus k.....
 
 Cantik dan gebu rupa bun pau ni.....sebelum disimpan dalam frezzer...
 
 Selepas dikukus camnila hasilnya.....tak cantikkan...hu hu...kalau aku terus kukus je mesti jadi gebu lembut dan cantik....nanti nak buat lagilah....

Setakat ini aku belum berjaya buat pau yang macam jual kat kedai tu....putih gebu warnanya dan lembut....warna pau yang aku buat agak sedikit kekuningan....mungkin lum jumpa resepinya lagi....Insyaallah....akan aku cuba cari lagi the best pau recipe....ape2 pun resepi yang aku selalu guna ni ok je....mungkin ada sedikit kesilapan teknik yang aku buat.....belajar dari kesilapan.....tak pernah putus asa untuk terus mencuba.....cuba lagi sampai berjaya.....Enjoy Cooking....

No comments: