Thursday, June 27, 2013

Kuih Lopes ....



Assalamualaikum....Salam Kesejahteraan...


N3 yg tertangguh lagi...maklum sajelah...bertapa lama bebenornya...he he....
Kuih Lopes diberi nama....pun macam2 versi ada....macam biasa versi yang senang dan mudah menjadi pilihanku....kalau versi yang tradisional punya...memang agak rumit....kena pakau daun pisang..ikat2 lagi...alahai! memang tak rajin....makan suka...:-)....Amik resepi kat blog Diana@SkyBlueKitchen...resepi ni asalnya dari tulip77@MyResepi...dan memang dah ramai yang mencuba resepi ni....mintak izin sume ya letak resepi kat sini pulak...pun aku dah modified sikit....jommm jamu mata...nak jamu selera lama dah abisnya...



KUIH LOPES
 Resipi Asal/Sumber  : tulip77@ My Resipi/Diana@Skybluemelleymey
Salinan/Olahan  :  KitchenIsMyWorld

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan beras pulut ( ku bahagikan 1/1/2 cawan kaler hijau 1/2 lagi tanpa warna )
  • 2 cawan santan cair ( bahagikan 2 jugak tuk dimasukkan kedalam pulut yg diasingkan)
  • 1/2 cawan air pandan ( d kisar dan ditapis )
  • 1 sudu teh air kapur ( 3/4 sk dalam pulut warna hijau pandan..1/4 sk  dalam pulut tanpa warna)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula ( yg ini ku tambah )
  • Beberapa titik pewarna hijau
  • Kelapa parut yang d gaul dengan sedikit garam
***Campurkan garam dan gula kedalam santan kavau hingga larut
      Santan yg aku gunakan tak sampai 2 cawan ...anggaran utk 2 cawan pulut aku cuma guna   
      dalam  lingkungan 1 cawan santan sahaja.


BAHAN -BAHAN Untuk Air Gula

  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air
  • 2 helai daun pandan _ d simpul

CARA-CARA PENYEDIAANNYA

  • Cuci beras pulut... 11/2 cawan direndam bersama air juga air pandan yg ditapis bersama air kapur juga pewarna hijau dan 1/2 cawan lagi direndam bersama air dan air kapur..rendam dalam lingkungan 3 - 4 jam @ semalaman pun boleh...
  • Kemudian toskan beras pulut dan masukkan dalam loyang. yang berasingan jugak...satu loyang tuk pulut berwarna hijau dan satu lagi pulut tanpa warna.. Kukus selama 25  - 30 minit. 
  • Lepas tu...bila pulut dah kelihatan kembang dan berkilat...kuarkan masukkan dalam mangkuk besar...gaulkan sebati santan bersama pulut tadi (juga digaul berasingan ya.. )kukus lagi selama 10 - 15 minit.
  • Alas acuan/loyang ngan cling wrap ( utk bentuk lopes yg ku buat ni sila tgk gambar yg kat bwh ya )  Ambil pulut hijau dan tekan padat² dgn plastik , kemudian tekan acuan kecil keatas pulut hijau tadi sehingga berbentuk separuh bulatan..angkat acuan...masukkan pulut tanpa warna tekan padat pulut didalam pulut yg berwarna hijau....
  • Biarkan sejuk... Kemudian potonglah ikut bentuk yang anda suka. Golekkan dalam kelapa parut.
  • Semasa mengukus pulut.. boleh lah buat air gula. Masukkan semua bhn² dalam periuk... bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh d makan bersama pulut.

*** Air gula nie bergantung pada saiz gula melaka yang anda gunakan.. jika guna yang besar  
      bolehla di kurangkan..



Acuan yang aku guna tuk buat kuih lopes ni...ada 2 bahagian...acuan yang kecil boleh dimasukkan kedalam acuan yang besar....removable...
Kuih Lopes versi moden sebenonya ni....tak pe la kan...asalkan dapat makan hasil air tgn sendiri...he he...kalau nak buat guna daun pisang kemudian nak ikat2 bagai confirm ntah apa jadi kuih lopes yg ku buat nanti...apa2 pun tepuk dada tanya selera...pilihla yg mana kita suka....yg pasti kuih org lama tak pernah mengecewakan....pun terpulang pada selera memasingkan....

Happy&Enjoy Cooking@KitchenIsMyWorld



Turkish Pide segera punya....



Assalamualaikum..Salam Kesejahteraan..


Okay...now turn Turkish Pide lak masuk n3...lama dahhh buat ni...dan sememangnya byk kali dah buat turkish pide ni...jatuh cinta bila tgk menu ni kat blog adik sayang yg sorang ni Ayu@Curlybabe's Satisfaction...berkira2 bila la sampai seru nak buatnya...bila dah mula buat...dah rasa...makan...emmmm...dah jadi menu fav kat rumah ni pulak....Tq ya Ayu share resepi ni....
Hari ni aku cuma nak kongsikan turkish pide versi segera punya...camana tu...Resepi asal kena buat doh tuk  turkish pide ni...kali ni tak yah bersusah2....ada puff pastry segera  dah boleh buat...he he...sume nak senang ya....Apa2 pun mintak izin ya Ayu copy resepinya kat sini....TQ


TURKISH PIDE
Resepi Asal/Sumber : Resipidiana/Ayu@Curlybabesatisfaction
Salinan/Olahan  : KitchenIsMyWorld

BAHAN-BAHAN untuk DOH
  • Puff Pastry segera jenama KAWAN secukupnya

 BAHAN-BAHAN INTI PIDE

  • 250 g daging cincang
  • 250 g cheese mozarella, dipotong nipis
  • 150 g cheese cheddar, dipotong dadu
  • 2 biji tomato, dipotong dadu
  • 1 biji bawang dpong dadu
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh serbuk cayenne
  • 1/2 sudu teh serbuk hot cajun
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 3 biji telur
  • Daun sup secukupnya, dipotong halus
  • Garam secukup rasa, serbuk perasa jika suka

BAHAN SAPUAN PIDE

  • 50ml susu segar
  • 1 biji telur

CARA PENYEDIANNYA INTI PIDE

  • Panaskan minyak didalam kuali.Tumis bawang besar sehingga layu.Masukkan serbuk lada hitam, cayenne,hot cajun, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
  • Masukkan daging cincang. masak sehingga daging bertukar warna dan masak betul. Angkat dan ketepikan
  • Didalam mangkuk yang besar,campurkan tomato, daun sup, cheese mozarella dan cheddar dan daging yang telah disejukkan tadi. Gaul rata. Inti pide pun telah siap untuk digunakan.

CARA MEMBUAT PIDE
  • Keluarkan puff segera dari frezzer...biarkan seketika dalam suhu bilik sebelum digunakan...
  • Sapukan butter/minyak zaitun dan ditaburkan sedikit tepung dalam bekas muffin @ ramekins @ acuan yg bersesuaian....
  • Canaikan puff pastry...masukkan kedalam acuan....tekan2kan...bentukkan lebihan pastry yg berlebihan dari acuan..
  • Masukkan inti pide kedalam acuan lebihkurang 3/4 penuh dari saiz acuan ( jgn letak penuh ya...nanti nak letak telur pulak...)
  •  Campurkan bahan untuk sapuan pide dan sapu tepi pide.
  • Bakar pide dalam oven pada suhu 180C selama 8 - 10 minit sehingga puff pastry masak.
  •  Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk dan pecahkan kuningnya. 
  •  Bila waktu membakar 8 - 10 minit telah tamat. Keluarkan pide, tuangkan telur yang telah disediakan diatas pide pada bahagian tengah inti dan bakar selama 2-3 minit sehingga telur masak.
  • Pide pun siap untuk dihidangkan.  Enak dimakan panas.
Nota :
Untuk tambahan aku taburkan sedikit mixed herbs Itali kat atas telur sebelum dibakar sekali lagi...harum semerbak baunya...ala2 pizza sikit...

Senang kan....cer tengok kat dalam frezzer...ada tak stok puff pastry....leh buat tuk minum ptg ni....Mudah dan sedapppp...crispy2 gitu....Dua2 versi turkish pide memang sedappp...nak buat versi asal turkish pide bolehlah singgah dapo dik Ayu ya...lenkali ku letak lak n3 versi asal turkish pide ni....

Happy&Enjoy Cooking@KitchenIsMyWorld

Tergoda akhirnya....Coklat Kek Kukus...nyum..nyum..yummyyyyy...



Assalamualaikum...Salam Kesejahteraan


Semalam hujan mula turun...alhamdulillah.....dengan izinNya....mudah-mudahan jerebu yang melanda berkurangan....

Hari ni tak masuk opis...mood tak ada....belek2 gambo lelama....memang byk tul yg terperap...bykkkkk sgt....Coklat Kek Kukus jadi pilihan untuk n3 kali ni.....simple...mudah...tapi berbaloi tuk dimakan sedapppp....tak tahan dek godaan dik Nor@SecubitGaram...memang best kek ni...
Jom kita kongsi gambo...kongsi resepinya ya....mintak izin ya dik Nor sayang copy resepinya kat sini...apa2 pun...byk2 timekasih share resepi yg superb ni....jommm...


 KEK COKLAT KUKUS
Resepi Asal/Sumber  :  K.Hanieliza/Nor@secubitgaram
Salinan/Olahan :  KitchenIsMyWorld

BAHAN A
220 gm tepung gandum
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
50 gm serbuk koko
180 gm gula perang ~ manis yg ngam2, tak perlu kurangkan gula

BAHAN B
2 biji telur ~ k.nor guna gred A
1 s/k esen vanila

BAHAN C
200 ml susu cair atau susu segar
200 ml minyak mazola atau minyak sayuran biasa
200 mi air panas

CARA-CARA PENYEDIAANNYA

  •  Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata (ayak dulu kesemua bahan kecuali gula perang).
  •  Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata.
  •  Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.
  •  Panaskan kukusan dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci.
  • Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam dgn api sederhana. Lapkan tudung kukusan sebelum tutup semula.
  •  Bila telah masak buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek.
  •  Hiaskan dengan cream coklat.

Nota  :
* Bila guna bekas plastik kecik spt yg K.Nor guna ni, kukus kek selama 30 - 35min atau sehingga masak dgn api sederhana supaya tidak naik membumbung atau supaya kek tu tak merekah.
** tutup bekas plastik dgn penutup bekas supaya air tidak menitik masuk ke dalam kek.
*** bila kek dah masak, bolehlah diteruskan dgn membuat ganache.

CHOCOLATE GANACHE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

BAHAN-BAHAN

  • 300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sudu besar butter
  • 1-2 sudu besar cotn syrup ( yg ni ku tambah )
  • ~ ~ ~
  • 1/4 cawan air panas


CARA-CARA PENYEDIAANNYA

  • Panaskan susu cair,susu pekat dan corn syrup dgn kaedah double boiler.
  • Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
  • Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair.
  • Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
  • Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
  • Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.
  • Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
  • Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
  • Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas..

* Mmg agak banyak ganache yg dihasilkan sbb nak kena siram 2x atas kek tu nanti utk menghasilkan kek yg super duper moist ^__^

Tambahan corn syrup dalam coklat ganache menghasilkan permukaan yang berkilat..sekadar mencuba apa yg dibaca dalam resepi2 yg ada kat internet...tak salah mencuba rasanya kan...leh buat cermin uuuuu...he he

Pada sesapa yg belum pernah masak kek coklat kukus...bolehla mencuba resepi ni...tak rugi tau...sedapppp hingga menjilat jari.....rasa manis kek yang sedang2 je diganungkan pulak ngan topping  coklat ganache ...emmmm...memang serasi ....ada ummphhh....

Happy&Enjoy Cooking@KitchenIsMyWorld...

Saturday, June 22, 2013

Emmmm...harum semerbak baunya....



Assalamualaikum...Salam Kesejahteraan....


Siang tadi bz ngan aktiviti Nasi Pilaf n the gang....sebelum maghrib tadi masuk dapo...bagi job kat assistant uli roti....alaaaa...masuk2 sume bahan...tekan....aku dah boleh pegi mandi sementara cik BM buat keje...
Dah 2...3 hari ni memang teringin lagi nak makan Cinnamon Roll/Bun....pas tu atas dia glaze lak ngan cream cheese....emmmmm.....nyum..nyum...yummyyyyy.....
Harum semerbak bau cinnamon tengah2 malam ni....malam ni makan roti je....alhamdulillah lepas hajat dihati....




CINNAMON BUN/ROLLS
Resepi Asal/Sumber  :  Nor@Secubitgaram
Salinan/Olahan  : KitchenIsMyWorld

 BAHAN-BAHAN DOUGH

  • 420gm tepung roti
  • 75gm gula kastor
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3 sudu kecil yis
  • 1 biji telur
  • 115 - 125ml susu segar
  • 85gm sour cream
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 3-4 ketul ice kiub ( dimasukkan ketika doh sedang diuli dalam BM )

BAHAN-BAHAN FILLING

  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 - 2 sudu besar sebuk kayu manis 
  • 113 gm butter sejuk dipotong kiub2 kecik

BAHAN-BAHAN GLAZE

  • 50g cream cheese - suhu bilik
  • 20g butter - suhu bilik
  • 80g gula aising
  • secubit garam
  • beberapa titik vanila esen
  • 3-4 sudu besar susu segar

CARA-CARA PENYEDIAANNYA
DOUGH/FILLING/GLAZE

  • Masukkan semua bahan cair diikuti bahan kering ke dalam breadmaker dan tekan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam bergantung pada jenis BM ( Ikut arahan pada BM memasing ya..)
  • Sementara menunggu proses menguli dough....
  • Untuk filling....campurkan sume bahan  gaul sebati....
  • Untuk glaze....pukul creamcheese..butter bersama gula icing...dan juga vanila....last sekali tambahkan susu segar sedikit demi sedikit...adunan sebaiknya sedikit cair....
  • Setelah doh siap, keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung, tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • Canai doh menjadi segiempat anggaran ukuran 12" x 9" ( saiz ni ikut selera memasing ya...)
  • Tabur dan ratakan filling keatas permukaan dough yg telah dicanai tadi..kemudian gulung ketat 
  • Potong doh yg telah digulung anggaran 18 ketul..
  • Susun doh yg telah dipotong kedalam loyang yang bersesuaian..
  • Biarkan doh kembang lagi lebihkurang 30 - 45 minit
  • Panaskan suhu oven 180 darjah Celcius....bakar dough yang telah kembang tadi anggaran 13 - 15 minit atau sehingga masak dan keperangan.
  • Kuarkan dari oven....pada yg suka makan dengan glaze....masa tengah panas...drizzle ngan cream cheese glaze ke atas permukaan cinnamon bun/rolls.
  • Sedap dimakan ketika suam-suam....yummyyy...
Nota  :
Untuk glaze cream cheese....kalau ada lebihan frosting utk kek sebelum ni  boleh digunakan utk glaze cinnamon rolls/bun ....nak cairkan frosting aku guna kaedah double boil (sebelum tu biarkan frosting berada dalam suhu bilik setelah dikeluarkan dari freezer)....masukkan creamcheese frosting dalam bekas plastik tahan panas...letakkan dalam mangkuk berisi air yg dipanaskan secara double boil....kacau sehingga frosting cair dan licin....siap untuk digunakan....
Sekadar berkongsi apa yg telah dipraktikkan....


Untuk basic dough ni memang dah ku modifiedkan dari resepi asal...saja berexperimentasi....kali ni buat tanpa penggunaan water roux...aku gantikan ngan sour cream...dan ada sedikit tambahan susu pekat ...juga ice kiub...hasilnya...agak memuaskan....roti tetap lembut...cinnamon memang my fav....
Nak rasa...bolehla mencuba ya.....tak yah bersusah membeli...jimat belanja sesgtnya....:-)
Apa pun tq pada penyumbang asal resepi basic dough ni....

Happy&Enjoy Cooking@KitchenIsMyWorld......

Friday, June 21, 2013

Nasi Pilaf Tomato...n the gang...



Assalamualaikum....Salam Kesejahteraan....

Jumaat...aik! Jumaat dah hari ni...cepatnya masa berjalan....hari ni big bos kata tak yah masuk opis....orait....kurang serabut sikit....heeee.....damai rasa hati bila kat rumah ni....Rumah ku Syurga ku....
Apa aktiviti cuti2 ni...tak byk sgt yg nak diativitikan...bdn tak bape nak sedap...kepala bengap...hidung tersumbat...cuaca kat luar tak sihat...kita yg dalam rumah pun cam tu gak...sot..sot...hidung ku....lepak2 ..tgk  tv sambil beron9...tgk2 resepi....cilick sana...click sini...last2 sangkut kat resepi nasi pilaf@pilau....cam2 versi ditgk....ujung2 amik resepi adik sayang ku sorang ni....he he he...Nor@Secubitgaram....akak amik resepi ya...cuma sorry la ek...akak modified sikit ....
Tak lupa timakasih juga kat penyumbang resepi asal dari adik sayang lagi sorang ni Ayu@Curlybabe's Satisfaction   
Timakasih sume....luv u all byk2...

 NASI PILAF TOMATO
Resepi asal/Sumber  :  Nor@secubitgaram &Ayu@Curlybabesatisfaction
Salinan/Olahan  : KitchenIsMyWorld

BAHAN-BAHAN

  • 1kg beras basmath, cuci bersih rendam selama 10-15 minit dan tos airnya ( aku guna 5 pot beras basmathi )
  • Air mengikut paras beras dan lebihkan 1 cawan lagi ( aku guna 5 pot air + 1 pot susu cair )*
  • 5cm kayu manis 
  • 5 biji buah pelaga-(Ayu gunakan 4 biji aje)
  • 2 helai daun bay-(Ayu gunakan 1 helai aje)
  • 1 biji bawang besar dihirs halus
  • 1 sudu makan pes halia dan pes bawang putih ( dikisar bersama tomato, 1 sb serbuk jintan manis dan 1 sb serbuk ketumbar )
  • 2 biji lada merah, dibelah jangan putus
  • 3 sudu makan pes tomato ( ku guna 2 biji tomato )
  • 1/2 cawan daun pudina ~ k.nor gantikan dgn daun ketumbar ( Tak letak pun...tak de stok jugak )
  • 1/4 cawan susu sejat ( aku guna 1 pot susu cair yg dicampur ngan 5 pot air utk ditanak bersama beras )*
  • garam secukupnya + secubit serbuk perasa-(Ayu tambah)(ku tambah 2 ketul chicken cube )
  • secukup minyak atau ghee untuk menumis ( guna minyak ngan butter )
  • sedikit kacang gajus goreng ~ k.nor tak letak ( tak letak jugak..)


CARA-CARA PENYEDIAANNYA

  • Tuang kedalam periuk nasi letrik, air, susu sejat dan garam. Ketepikan
  • Panaskan sedikit minyak atau ghee didalam kuali dan tumis kayu manis, pelaga dan daun bay sehingga meletup-letup dan wangi. Masukkan hirisan bawang dan lada merah. Tumis lagi sehingga bawang lembut dan wangi. Masukkan pes halia/bawang utih dan tumis selama 5 minit lagi, sehingga keharumannya dapat dihidu. Barulah dimasukkan pes tomato dan daun pudina.Biarkan sehingga keluar minyak.Matikan api.
  • Tuangkan semua rempah yang panas, kedalam periuk nasi letrik. Kacau sekali sahaja. Tutup periuk dan biarkan sehinga mendidih. Seterusnya buka tutup periuk, tuang semua bras yang telah dicuci dan toskan. Kacau sekali sahaja, tabur diatasnya kacang gajus goreng, gemburkan nasi dengan garpu sehingga kembang dan bergaul rata dengan gajus. Tutup periuk nasi.


 DAGING GULAI KAWAH
Resepi Asal/Sumber : Buku Chef Hanieliza 1 Hari 1 Resepi
Salinan/Olahan  : KitchenIsMyWorld

BAHAN A

  • 500 gram daging lembu ( ku guna lebihkurang 1 kg daging )
  • 2 sudu besar kerisek
  • 2 cawan santan pekat ( ku guna 200ml santan kotak )
  • 2 sudu besar gula perang
  • 2 keping asam gelugur
  • 2 ketul chicken kiub ( yg ni ku tambah )
  • Minyak masak untuk menumis
  • Garam secukup rasa 
  • Air secukupnya

BAHAN B (Dikisar )

  • 20 tangkai cili kering ( ku guna 2 sudu besar cili serbuk )
  • 1 sudu besar rempah kari daging ( ku guna 2 - 3 sudu besar )
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 7 biji bawang merah ( ku tak guna )
  • 1 labu bawang besar ( ku guna 2 labu bwg besar )
  • 3 ulas bawang putih
  • 11/2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras ( yg ni ku tambah )

BAHAN C ( Bahan untuk menumis )

  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga

BAHAN D ( Hiasan )(ku tambah )

  • 2 - 3 biji kentang...dikupas dan dibelah empat
  • 1 biji cili merah dibelah empat
  • 1 biji cili hijau dibelah empat


CARA-CARA PENYEDIAANNYA

  • Daging dipotong kecil, kemudian cuci dan toskan.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi...
  • Masukkan bahan yang dikisar dan masakkan sehingga wangi dan pecah minyak.
  • Masukkan daging juga kentang  dan kacau rata, kemudian masukkan sedikit air dan kacau rata dan biarkan daging &kentang dimasak sehingga empuk..
  • Apabila sudah pecah minyak dan daging empuk,masukkan santan pekat, kerisek,asam gelugur,garam,gula merah dan chicken kiub..
  • Masak sehinggah mendidih dan kuah sedikit pekat dan pecah minyak lagi...juga dikacau sekali sekala...
  • Akhir sekali masukkan cili hijau dan cili merah yang telah dibelah tadi...tutup api dan boleh dihidangkan...



ACAR MENTAH

BAHAN-BAHAN
  • 1 biji karot dihiris memanjang
  • 2 biji timun jepun dihiris memanjang ( isi tengah dibuang ya )
  • 1 biji bawang besar dihiris halus
  • 1 biji cili merah dibuang biji dihiris memanjang
  • 1 biji cili hijau dibuang biji dihiris memanjang
  • Gula
  • Cuka
  • Garam
  • Air kapur

CARA-CARA PENYEDIAANNYA
  • Campurkan sume bahan...tambahkan gula,garam dan cuka secukup rasa...akhir sekali campurkan 1 sudu kecil air kapur....
  • Gaul sebati sume bahan dalam mangkuk...tutup ngan cling wrap...masukkan kedalam fridge sebelum dihidangkan....


Waaaaa....panjang tul N3 kali ni ya...he he...tgh rajin...kalau tak tu..mau setahun baru kuar dalam blog...sebenonya....byk senarai yg menunggu nak di updatekan dalam blog....maklum jelah...lebih setahun bertapa....hope mood berblogging ni masih dok ada sepanjang masa...

Okaylah ...berbalik pada menu hari ni...Nasi Pilaf Tomato n the gang....cuba2 la ya kalau rasa nak mengubah selera....

Happy&Enjoy Cooking @ KitchenIsMyWorld.....see youuuu...



Wednesday, June 19, 2013

Apakah ini....cer teka...



Assalamualaikum...Salam Kesejahteraan...

 Rabu tanpa bicara....cubala teka .....



Selamat malam sume...

Happy&Enjoy Cooking@KitchenIsMyWorld

Tuesday, June 18, 2013

Sempoinya....




Assalamualaikum...Salam Kesejahteraan...

Bila suami kedapo...hati isteri mesti bunga2 kan....nak2 kalau yg sekali sekali singgahnya ....he he....Malam ni cik abg kita tunjuk skill lagi....masakan yang cukup sempoi...biasa biasa je....tapi memang sedappppp....
Apa yang dimasaknya tu....meh kita intai2.....


Tarraaaaa....nilah hasilnya....nampak sedap tak....jangan tgk pada rupa tau....rasanya ada ummphhhh....cooking with luv...Malam ni memang tak makan nasi....ratah lauk ni...makan cekodok bawang ikan bilis....alhamdulillah....syukur...kenyang dah.....Mimi pun dok meratah je....bukan senang kan nak dapat makan makanan dari air tgn suami....Timakasih ya....senang2 nanti leh la masak2 lagi....


Happy&Enjoy Cooking @ KitcheIsMyWorld....


Meniti Usia....



Assalamualaikum ...Salam Kesejahteraan....


17 hb. Jun 1965.....selamat dilahirkan....alhamdulillah....
17 hb. Jun 2013....Alhamdulillah syukur.....dengan izinNya 48 tahun sudah meniti usia....

Selamat Hari UlangTahun buat insan disayang.....semuga sentiasa dibawah rahmat..serta keberkatanNya....panjang umur...sihat sejahtera...sukses...ceria dan tenang2 selalu....


 Terpikir nak buat kek apa...kang kalau berkrim2 bagai sume org pun dah tak larat nak makan...akhirnya jadilah Marble Red Velvet Cream Cheese Cake/Brownies .....cuma hasilnya tak mencapai piawaian...terlebih cream cheese la pulok...hu hu hu...ni kes dok main agak2 ngan nak abiskan stok readymix creamcheese yg ku beli kat amore aritu....emmmm...nak buat camana...dah jadi...potong2 je lah....aku jadi tukang baking je...tak larat nak makan....


Sebelum membaking...awal pagi aku dah rendam pulut....kali ni buat dua kaler...satu rasa pandan...satu lagi cam biasa letak serbuk kunyit je....sumenya nak mudah dan senang...tapi paling penting tetap sedap dimakan...anak2 sume cakap..." ibu....rendang sedapppp... cuma kek dah terlebih cream cheese "..he he....jiwa kacau....kek pun kacau jugak jadinya...sib baik menu pulut ngan rendang okay...alhamdulillah....rezeki allah....

Mesti tertanya2 ...birthday sape ni....he he...siapa lagi...insan yg telah diijabkabulkan 23 tahun duluuuu....cik abang kita.....48 tahun meniti usia....uban pun dah mula tumbuh...tapi katanya tu bukan uban...cuaca panas...rambut pun sakit...apa2 aje lah....just be happy....mensyukuri nikmat Allah yang diberi sehingga hari ni....Semuga dengan izinNya...kita mampu hidup bersama ...bahagia hingga ke hujung nyawa...Insyaallah...tahun2 yang mendtg...bolehlah baking kek..masak pulut dan rendang lagi ya...jgn jemu dan tak larat nak makan udah le ye....

Happy&Enjoy Cooking@ KitchenIsMyWorld...


Monday, June 17, 2013

Bingka Ubi Ala Nyonya.....



Assalamualaikum...Salam Kesejahteraan....


Memang dah lama sgt teringin nak makan bingka ubi....ubi pun ntah bape kali dah beli....lain yang nak dibuat lain lak yang jadi...ubi goreng lah...lempeng ubilah....last2 dapat gak buat n makan bingka ubi.....alhamdulillah....saje cari resepi lain lak....nak resepi asli ala kuih2 nyonya....cari punya cari....resepi dari CMG@Dapur Tanpa Sempadan menjadi pilihan....hasilnya....wow! resepi simple n mudah....tapi rasanya...bila dah makan tak nak begenti...dan paling tak percaya....cik abg kita yang memang tak pandang sebelah mata kalau kuih bingka ubi ni....dia makan satu...satu masuk mulut...sambil dok memuji akan keenakkan kuih ni..." emmmm...serius...memang sedapla bingka ni...sedapla...." aku cuma senyum dalam hati...akhirnya tewas selera  cik abg kita kali ni...alhamdulillah....licin dah kuih ni.....TQ TQ CMG share resepi yg sememangnya best.....mintak izin link resepi kat sini ya.....




BINGKA UBI ALA NYONYA
Resepi Asal /Sumber :  CMG@DTS
Salinan / Olahan  :  KitchenIsMyWorld

BAHAN-BAHAN
  • 500 gram parutan ubi kayu ( ku guna lebih kurang 650 - 700 g)
  • 70 gram parutan putih kelapa (pilih yang kulit basah)
  • 225 gram gula halus ( ku guna lebihkurang 230g)
  • 1 sudu besar tepung kastard ( yg ni ku tambah )
  • 2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
  • 1/2 camca teh garam
  • 2 camca teh esen vanilla
  • 1 sudu besar susu pekat ( yg ni ku tambah )
  • 1/4 camca teh pewarna kuning
  • 250 ml pati santan ( ku guna santan kotak 200ml + 50ml air panas )
  • 2 biji telur


CARA -CARA PENYEDIANNYA
  • Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan mentega, alas dengan aluminum foil. Biar berlebih sedikit pada kiri dan kanan tin, agar senang untuk mengangkat kueh keluar nanti. Lenser aluminium tadi dengan mentega., ketepikan.
  • Satukan ubi parut, garam ,tepung kastard bersama kelapa parut. Gaul rata dan masukkan ke dalam mangkuk besar, ketepikan. 
  • Dalam satu bekas, masukkan gula,susu pekat,telur dan santan, kacau rata dengan whisk hingga gula hancur. Tuang ke mangkuk berisi ubi dan kelapa parut tadi. kemudian dikacau rata.
  • Masukkan esen vanilla, mentega cair dan pewarna kuning, gaul hingga sebati. Tuang dalam tin tadi, ratakan dan bakar 50 minit hingga 1 jam atau hingga masak. Untuk mendapat permukaan kueh yang perang, tukar api oven pada fungsi grill bila kueh telah masak dan bakar 5 - 7 minit atau hingga mendapat tahap kegaringan yang anda gemari. Sejukkan kueh sebelum dipotong. Boleh hidangkan...


Nota Tambahan :
Aku parutkan butter( yg sejuk baru kuar fridge ) kat atas permukaan adunan bingka yg telah dimasukkan kedalam loyang sebelum dibakar...
Ku guna suhu 180C microwave Convection....masa memasak lebihkurang dalam 1 jam juga...untuk mendapat permukaan yg sedikit garing ku guna grill dalam tempoh masa 4 - 6 minit...


Simple kan resepinya....tak yah nak perah atau ditapis pun ubi yang telah diparut....kali ni terajin sikit...aku parut ubi tu...selalunya masuk  dalam blend ...kisar je....hasilnya beza memang berbeza....maaf ya CMG kite dah olah sikit resepi ni...
Sila2 lah mencuba ya....

Happy&EnjoyCooking@KitchenIsMyWorld....





Sunday, June 2, 2013

CookinG With Love...HappY BirthDay Nazs....




Assalamualaikum...Salam Kesejahteraan...

29hb May 2012...last birthday tuk bulan May...
RainBow cake again ...warna warni pelangi....

o
Happy birthday to youuuu
Happy birthday to youuuu
Happy Birthday to Nazssss.....
Happy birthday to youuuu


Doa ibu...semuga menjadi anak yang soleh serta dibawah rahmat dan keberkatan dariNya...sihat sejahtera...cemerlang dalam kehidupan ...Insyaallah....

Selamat Hari Ulangtahun Nazs....

Tuesday, May 28, 2013

Macam Macam Adaaaaa......HAPPY BIRTHDAY SUME.....



Assalamualaikum....Salam Kesejahteraan


Demam kek....berapa hari berturut buat kek...kek...kek....macam-macam kek ada...Pilih yang mana suka...Dari minggu lepas sampai la semalam...dok la menggodeh kek....ramai betul sambut birthday bulan ni....tarikh pun dedekat je...tu yg buat kek pun non stop...he he he...full terapi minda...terapi mata...terapi tangan...macam2 terapi ada...:)

BlueBerry Cake tuk Birthday Mel.....
Gabungan resepi....kek span vanila dari blog Rahel ....teknik blueberry kek dari blog Madiha ....hasilnya...emmmm....nyum..nyum...light sponge kek...ngan blueberry filling/topping...dan fresh creammm....gambo potongan kek tak de...tuannya dah bwk lari kek ke Banting....sambut bithday bersama suami tercinta...
HaPPy Birthday Mel....
Terimakasih pada penyumbang resepi....memang best...

Chocolate Indulgence Cake...
.Bukan birthday kek tuk sesapa pun...saje buat sebab teringin...alahai! makin gebu bdn....ni kes abg aku dok tanya pasal kek ni...tup2 kite lak yg ngidam...keh keh..bukan ngidam sebab lain ya...he he he...ntah...tekak ni mcm2 benda nak makan...bahaya tu...kannnn...

Memang lama sungguh tak makan kek ni...dedulu penah makan kek ni kat Secret Recipe....la ni bukan rahsia lagi...he he...sumenya kat ujung2 jari...click sana ...click sini....last2 gabungan resepi lagi...Kek dari blog Rima@bisousatoi ....filling dari blog Azlita@masammanis ....kek saiz kecik je..7"...memang ikut betul resepi kat blog Rima....kalau sesape nak buat kek ni saiz standard 8" @ 9" kena buat dua adunan kek ni...Ita Masam Manis pun guna resepi yg sama tuk kek ...tak rugi...super moist...super soft....cuma kalau nak buat kek ni kena byk2 sabonya...sebab tang filling dia..amik masa lama...betul kata Ita...kecik ke beso ke kek..kena amik masa dua hari tuk siap...lepas dua hari baru boleh makan...ada sabo...kalau sabo jom buat kek yang sedap ni...Bab mendeco...hentam sajelahhh....:-)


 Abaikan rupa ya...pentingkan rasa...he he...lebih tebal fillingnya dari kek...emmm...cam mkn ice cream ngan kek la pulak....


Haaaa...kek apa pulak ni....cer teka..cer teka... tak yah teka lah meh kita jwbkan...
White Chocolate Macadamia Cake.....
Ist time buat kek ni...dan confirm 1st time makan...buat ni utk Birthday Naza....paling bestnya...buat kek ni dgn kadar express...half day siap utk dimakan...ha ha ha...jadi abaikan la rupanya yg tak bape nak kemas tu...tapi jgn tak tau..rasanya...aduhai! memang superb mabeles....memang kena ngan selera ku...
Jatuh cinta nak buat kek ni bila tgk kat blog Ita@masammanis...kalau tgk kek kat blog Ita ni alahai! mana leh tak jatuh cinta...cantik....menawan...kemas...ada mcm2 idea adik kita sorang ni...tabik sesgt kat dia....kreatif dan sepatah kata KakWan@Citarasawan...."Ita ni ada MagicFingers"....dan bagi aku KakWan pun tak de kurangnya....hasil airtgnnya superb mengkagumkan...dan ramai lagi kengkawan bloger kita yg memang ada magic fingers.....Nak resepi singgah je la ke blog azlitamasammanis 
HaPPy BirthDay Naza.....

 Atas kek ni setelah curah ngan white chocolate...aku saje letak salted caramel...emmmm...memang serasi...



RainBow Cake
...tuk Birthday Yan....yg ke bape tu...3?....biarlah rahsia kan Yan....resepi yg rata2 sume org tau...dan sume org tau dah rasanya...memang sedappp....sejak dari memula buat kek ni aku selalu guna fresh cream je tuk frostingnya....heavy cake with light frosting...serasila sgtnya pada selera aku....cuma kali ni fresh cream tu aku dah combine ngan vanila custard filling...yg org selalu dok guna utk filling Hokkaido Chiffon Cupcake....sekali lagi amik resepi ni kat blog Rima@bisousatoi. ...memang selalu sgt dah guna resepi ni...memang sedapppp....thanks Rima share resepi yg sedap ni....
Konon2nya bab deco2 tu nak buat cam org biasa buat tu ombre cake...ni je la yg mampu dihasilkan...tgn dok gigil2 setiap kali mendeco...he he...ok la Yan ek....
Happy BirthDay Yan.....
Nak resepi kek click je kat sini ..



Chocolate Cake with Creamcheese &  Chocolate Ganache Topping.
...ni tempahan dari kawan Atiq...ha ha ha...sape tu tik....keh keh...resepi kek masih guna resepi dari blog Rima@bisousatoi ...toppingnya...guna lebihan filling/frosting dari kek2 yg lepas...he he...untuk filling cam creamcheese aku memang selalu buat lebih dan simpan dalam frezzer....memang tahan lama...nak guna ..kuarkan dan biarkan dalam room tempreature..pas tu whisk sekejap ngan senduk kayu tu je...kacau sebati...frosting akan smooth balik...senang kan...


RainBow CupCake...
 Projek malam tadi gak...sebelum buat coklat kek...buat Rainbow CupCake atas permintaan anak dara mimi..." Hari tu sikit je makan rainbow kek...." perbualan dalam kete ngan mimi semalam...he he...paham sgtnya...nak makan lagi la tu....siapla RCC ni malam tadi....lama sgt tak mendeco2 cupcake ni...beku idea lak...he he he...


TerimaKasih daun keladi pada sume penyumbang resepi...terimakasih sudi berkongsi...kongsi idea...kongsi resepi..kongsi ilmu...semestinya memberi menafaat pada sume....

HAPPY BIRTHDAY SUME......

ENJOY COOKING@KITCHEN IS MY WORLD.....

Friday, May 17, 2013

Red Velvet...beza memang berbeza....




Assalamualaikum....Salam Kesejahteraan.....

Red Velvet 9" cake with cream cheese topping.... chocolate ganache & cream cheese filling

Red Velvet....kalau dulu memula dengo nama kek ni...terlopong jap...kek apa tu....he he...sekarang sebut je nama kek ni sume org tau....resipinya pun macam-macam versi ada...aku pun dah try bermacam resepi red velvet ni....Red Velvet Cake yg kat atas ni....yg tak bape nak cantik deco...deco asal boleh...tempahan dari kawan kepada anak buah ku...masa cuti sekolah tempoh hari...bulan march kalau tak silap....yg ni aku guna resepi dari blog Rima@Bisous A Toi....asal resepi ni Rima dapat dari seorg lagi blogger Yani@KitchenGuardian.....Terimakasih ya share resepi yang memang best.....

Bahan-bahannya hampir sama tapi tak serupa....teknik yg lebih simple....rasanya....memang berbeza dari biasa....kalau rima cakap....kek ni sedap dimakan sekali pun tanpa frosting.....betulll...betullll...setuju sesegtnya.....dek kerana teringin nak rasa kelainan red velvet ni...aku siap buat half adunan lagi...semata2 nak tau....apa yg lainnya....CONFIRM ....CONFIRM....SEDAP.....tipah tak tipu...he he...seriusly...memang sedap....half adunan yg aku buat...sekejapan je abis....

Cepat2....mana resepinya....jgn susah hati ...click je kat sini ....Rima kita mintak izin link resepi ni kat sini ya....nak copy balik ...hari ni kurang rajin ...he he...maaf ya pembaca sume....
Insyaallah bila vitamin R dah terkumpul balik...aku letak resepi Red Velvet versi vision homes pulak ya....
Untuk resepi chocolate ganache....boleh je guna yg mana kena ngan selera kita...ni pun byk versi gak resepinya....


Niii...half adunan kek yang aku buat....he he...saje nak menambahkan kesedapan kek ni...aku curah chocolate ganache kat atas cream cheese frosting ni....


 Filling dia pun aku gabungkan chocolate ganache ngan cream cheese frosting....gabungan yg serasi uuuuuu....tak cukup sepotong makan kek ni...bahaya....:)


Tak puas lagi makan ....eeeee.....bahayanya....buat lagi half adunan...kali ni baking dalam 8" x 8" baking pan...nak cepat dan senang....frosting tetap sama....cuma terajin sikit masa tu ...adala lorekan kat atas kek....emmmmm....puas makan dah....stop dulu red velvet....

Jangan dok pikir lelama....tak rugi pun mencuba resepi ni....sila2 la ya.....

Enjoy Cooking @ KitchenIsMyWorld....



Thursday, May 16, 2013

Cepat Dimasak Sedap Dimakan.....




Assalamualaikum...Salam Kesejahteraan....


Kalau baca tagline tu...sume org tau apa tu kan....MAGGI MEE.....makanan yg terkenal seantero dunia....sume mee segera pun ....apa jenama dan label pun org tetap cakap nak makan MAGGI...kannnn....cuma N3 ni bukan pasal maggi....tak de kena mengena pun ngan maggi...cuma tagline je sama tapi makananya tak sama ya.....Biasala kan....tekak ni kalau tetiba rasa nak makan...kalau boleh petik jari terus ada je .....sumenya nak mudah dan ringkas tapi tetap sedap....Kes malam tadi....lepas makan....rasa cam nak makan benda yang manis2...krunchy2....sambil2 tgk tv...dok terpikir2 nak masak apa ya....nak buat cookies....alamak...cam tak rajin la pulak...dah memalam ...malas pulak nak berlama2 kat dapo....hu hu...nak makan tapi malas...camana tu....

Zuupppp...aaaaa....terus teringat cookies segera...apa tu...he he...Florentine Cookies....bahan pun memang dok ada lama tersimpan...sebelum expired baik buat.....duluuuuu...pernah buat dah cookies ni...tapi masa tu 1st time buat tak bape la nak tau ....ooooo...rupa2nya kena wat nipis2 je....barula sedap dan rangup bila dimakan....masa singgah kat blog Ita MasamManis...barula tau cara yg betul nak buat cookies ni...tq ya Ita for sharing....BARU TERBACA  kat status FB Ita ....cookies ni leh dimasak guna Magic Pan...Pemanggang Ajaib yg popular tuuuu...kalau nak tau camana masak guna Magic Pan ni kena tanya kat Ita la ya...kite lum penah try buat lagi....kalau nak tgk resepi versi Ita Masam Manis click kat sini ya....Mintak izin link ya Ita...



Nilah dia ready mix FLORENTA COOKIES...Abaikan expired date tu ya....ni stok gambo yg lama....:)



 FLORENTA/FLORENTINE  BAR COOKIES....

BAHAN-BAHANNYA

  • 200 grams ready mix florenta
  • 100 - 150 grams almonds slice...( nak guna kacang2 lain pun ok....)
  • 100 - 150 grams isi kuachi hitam


CARA-CARA PENYEDIAANNYA

  • Campurkan kesemua bahan diatas....digaul sebati k...
  • Masukkan kedalam baking tray yang bersize 10" x 10" yang telah dilapikkan ngan reusable baking sheet .....diratakan k....
  • Panaskan oven....180 darjah C bakar untuk tempoh 12 - 13 min....siap dah
  • Keluarkan dari oven teruslah dipotong ketika masih panas...sejuk nanti keraslah pulak ....susah pulak nak potong...

Senang kan buat dia....tak perlu guna mixer ke tepung ke...telur ke....cuma sedikit rajin kena ada la kan....he he....kalau masih dok tegolek mengadap tv memang tak jadi apa pun....
Cepat Dimasak ...Sedap Dimakan...jom...apa tunggu lagi...pergi ke kedai bakery berhampiran beli ready mix florenta cookies ni ...terus buat....memang tak rugi....sedapppppp......kejap ada....kejap lagi tak ada....

Enjoy Cooking @ KitcheIsMyWorld.......

Wednesday, May 15, 2013

Kejap Ada ....Kejap Tak Ada....



Assalamualaikum....Salam Kesejahteraan...



Fuhhh....ntah apa mimpi hari ni....lama sungguh tak sign in  blog seniri...hampir2 lupa pasword...sib baik masih kuat ingatan lagi...he he....Mcm2 rasa ada ni...canggung dan kekok lak rasanya....teramatla lamanya menyepi....alahai! cian blog kita ni...dapat tuan....amatlah tidak rajinnya....hu hu hu...nak janji pas ni selalu2 sign in pun tak berani....tup2....senyappppp lagi....Apa2 pun .....nak ucap timakasih banyak2 pada sume yg masih sudi berkunjung ke sini....masih sudi tinggalkan komen2 kat sini...cuma sepuluh jari disusun kerana komen sume tak berbalas....dan tak lupa jugak nak terimakasih pada sume yg follow blog ni....TERIMAKASIH ....TERIMAKASIH.....pada sume pembaca blog ni.....

Sepanjang lebih setahun menyepi ni....aktiviti dapo tetap cam biasa....tuanpunya dapo pun dah semakin menggebu...alahai! bila tgk gambo lelama...bestnya kalau dapat slim cam dulu...kannnn....Macam mimpi la kan nak slim balik....sihat ni pun dah syukur alhamdulillah....Homemade biz pun adalah sesikit....alhamdulillah...just having fun...memenuhi masa senggang....
Tak mo cakap byk2lah...nanti merapu2 lak....kita cuci2 mata je hari ni boleh ek....jom...jom...masuk dapo KitchenIsMyWorld.....



Emmmm...nyum..nyum...yummyyyy....kegemaran anak dara ku Mimi kat rumah ni....org dah lama makan...aku baru la nak merasa....org dah bertahun buat aku baru start....sejak2 kebelakangan ni bila sekali dah try pavlova ni ...emmmm...terus jatuh cinta....gabungan manis...ngan buah2an yang masam2 ni...emmmm...tak terkata enaknya....Sebelum ni buat saiz kekecik pavlova ni....utk kali ni buat saiz 8"....fuhhh....sedapppp...cuma leceh sikit nak potong2...kalau buat saiz mini...sekali ngap je...hingga menjilat jari....tak cukup sebiji kalau makan uuuu....abaikan la program nak diet2 bagai....


Haaa....ni mini saiz pavlova....confirm makan tak cukup sebiji...kali ni try lak ngan buah markisa...emmmm....sukaaa...sukala sgtnya...cuma Mimi tetap ngan selera asalnya...strawberry....n kiwi fruit...dia ckp buah markisa tak best....eyala kan..mana leh sama selera....Ntah dah kali yg ke bape buat pavlova ni...buatnya cukup mudah....bahan asas...putih telur...gula castor....cuka@lemon juice ngan corn flour...simple n easy...tapi rasanya wallaaaa....setakat ni aku amik resepi Donna Hay...nak tgk resepi click je kat sini rasanya sume org pun dah tau resepi ni kan.....

Cukup2la dulu tuk kali ni....otak membeku....panjang umur...diberi keizinanNya...Insyaallah...akan ku cuba merajinkan diri....berkongsi apa yg mampu dan perlu...

Dalam meniti kehidupan....mengharungi ujian...dugaan ....Qada dan Qadar dariNya....usah mengeluh...mohon terus diberikan kekuatan dan keredhaan mu Ya Allah....aminnnn.....

Ape2 pun syukur atas nikmat yang diberi....Enjoy Cooking @ KitchenIsMyWorld.....