Assalamualaikum....Salam Kesejahteraan...
N3 yg tertangguh lagi...maklum sajelah...bertapa lama bebenornya...he he....
Kuih Lopes diberi nama....pun macam2 versi ada....macam biasa versi yang senang dan mudah menjadi pilihanku....kalau versi yang tradisional punya...memang agak rumit....kena pakau daun pisang..ikat2 lagi...alahai! memang tak rajin....makan suka...:-)....Amik resepi kat blog Diana@SkyBlueKitchen...resepi ni asalnya dari tulip77@MyResepi...dan memang dah ramai yang mencuba resepi ni....mintak izin sume ya letak resepi kat sini pulak...pun aku dah modified sikit....jommm jamu mata...nak jamu selera lama dah abisnya...
KUIH LOPES
Resipi Asal/Sumber : tulip77@ My Resipi/Diana@SkybluemelleymeySalinan/Olahan : KitchenIsMyWorld
BAHAN-BAHAN
- 2 cawan beras pulut ( ku bahagikan 1/1/2 cawan kaler hijau 1/2 lagi tanpa warna )
- 2 cawan santan cair ( bahagikan 2 jugak tuk dimasukkan kedalam pulut yg diasingkan)
- 1/2 cawan air pandan ( d kisar dan ditapis )
- 1 sudu teh air kapur ( 3/4 sk dalam pulut warna hijau pandan..1/4 sk dalam pulut tanpa warna)
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu teh gula ( yg ini ku tambah )
- Beberapa titik pewarna hijau
- Kelapa parut yang d gaul dengan sedikit garam
***Campurkan garam dan gula kedalam santan kavau hingga larut
Santan yg aku gunakan tak sampai 2 cawan ...anggaran utk 2 cawan pulut aku cuma guna
dalam lingkungan 1 cawan santan sahaja.
BAHAN -BAHAN Untuk Air Gula
- 3 ketul gula melaka
- 5 sb gula
- 3 cawan air
- 2 helai daun pandan _ d simpul
CARA-CARA PENYEDIAANNYA
- Cuci beras pulut... 11/2 cawan direndam bersama air juga air pandan yg ditapis bersama air kapur juga pewarna hijau dan 1/2 cawan lagi direndam bersama air dan air kapur..rendam dalam lingkungan 3 - 4 jam @ semalaman pun boleh...
- Kemudian toskan beras pulut dan masukkan dalam loyang. yang berasingan jugak...satu loyang tuk pulut berwarna hijau dan satu lagi pulut tanpa warna.. Kukus selama 25 - 30 minit.
- Lepas tu...bila pulut dah kelihatan kembang dan berkilat...kuarkan masukkan dalam mangkuk besar...gaulkan sebati santan bersama pulut tadi (juga digaul berasingan ya.. )kukus lagi selama 10 - 15 minit.
- Alas acuan/loyang ngan cling wrap ( utk bentuk lopes yg ku buat ni sila tgk gambar yg kat bwh ya ) Ambil pulut hijau dan tekan padat² dgn plastik , kemudian tekan acuan kecil keatas pulut hijau tadi sehingga berbentuk separuh bulatan..angkat acuan...masukkan pulut tanpa warna tekan padat pulut didalam pulut yg berwarna hijau....
- Biarkan sejuk... Kemudian potonglah ikut bentuk yang anda suka. Golekkan dalam kelapa parut.
- Semasa mengukus pulut.. boleh lah buat air gula. Masukkan semua bhn² dalam periuk... bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh d makan bersama pulut.
*** Air gula nie bergantung pada saiz gula melaka yang anda gunakan.. jika guna yang besar
bolehla di kurangkan..
Acuan yang aku guna tuk buat kuih lopes ni...ada 2 bahagian...acuan yang kecil boleh dimasukkan kedalam acuan yang besar....removable... |
Kuih Lopes versi moden sebenonya ni....tak pe la kan...asalkan dapat makan hasil air tgn sendiri...he he...kalau nak buat guna daun pisang kemudian nak ikat2 bagai confirm ntah apa jadi kuih lopes yg ku buat nanti...apa2 pun tepuk dada tanya selera...pilihla yg mana kita suka....yg pasti kuih org lama tak pernah mengecewakan....pun terpulang pada selera memasingkan....
Happy&Enjoy Cooking@KitchenIsMyWorld